Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

500 Migran Syria Disasar...

KUALA LUMPUR - Malaysia meletakkan sasaran menempatkan secara sementara 500 migran Syria menjelang...

Bersih 4.0: 500 Anggota...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 500 anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengawal...

Argentina Keluar Waran Tangkap...

BUENOS AIRES – Mahkamah Argentina mengeluarkan arahan tangkap terhadap Justin Bieber jika dia...

Kelantan, Negeri Pertama Di...

Kelantan akan menjadi negeri pertama di dunia yang memperincikan teknik pelaksanaan hukuman Hudud...

Penyamun Lelaki Menyamun Dengan Berbaju Kurung!

Segamat – “Kononnya dia berpakaian wanita kerana menghormati saya sebagai seorang warga emas,” kata seorang suri rumah yang berdepan detik cemas apabila rumahnya di Kampung Jawa, Buloh Kasap di sini, dimasuki tiga penjenayah termasuk seorang berpakaian baju kurung dan bertudung, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi, Khatijah Suratin, 68, terkejut apabila disergah tiga lelaki termasuk seorang yang berpakaian wanita dan bersenjatakan parang sebaik menunaikan solat Subuh.

Menurutnya, ketika kejadian, dia bersendirian di rumah kerana suaminya, Ilham Marion, 74, berada di surau berdekatan apabila keluar untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah.

“Selesai solat Subuh, saya ke dapur untuk membasuh kain dan ketika itu muncul tiga lelaki termasuk seorang yang memakai baju kurung manakala seorang lagi memegang parang.

“Mereka tidak menutup muka dan terus menggeledah rumah termasuk bilik tidur sambil memberi amaran supaya tidak menjerit sekiranya tidak mahu diapa-apakan,” katanya ketika ditemui, semalam. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori