Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kembara Haji Bertemu Rakyat...

KASHGAR CITY, (China) - Anggota Ekspedisi Kembara Inspirasi Haji begitu terkejut dan pada masa yang sama merasa gembira apabila...

Saya Tidak Campur Tangan,...

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak...

Henti Spekulasi Saya Gabenor...

WASHINGTON - "Hentikan spekulasi saya sebagai Gabenor Bank Negara," kata Datuk Dr Awang...

Gempar Suara Kuat ‘Asmara’...

BINTULU - Bunyi bising dari dalam lubang sebatang kayu balak di kawasan belukar...

Penyokong TRW Bawa Nilai Agama Dalam Bola Sepak – Nik Abduh

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz memuji penyokong The Red Warriors (TRW) kerana tidak meninggalkan solat.

Katanya, beliau melihat sendiri anak-anak muda Kelantan berpusu-pusu mengambil wudhuk di bilik air di Stadium Nasional Bukit Jalil semasa aksi Piala FA 2015 baru-baru ini.

“Tahniah buat anak muda Kelantan yang hadir memeriahkan final piala FA 2015 di stadium Bukit Jalil kerana tidak meninggalkan solat lima waktu.

“Di dalam perjalanan pergi dan balik pula mereka singgah di surau dan masjid untuk solat beramai-ramai,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Penyokong Kelantan solat


Nik Mohamad Abduh yang akan bertanding bagi merebut jawatan Ketua Pemuda PAS pada Jun depan berkata, anak-anak muda Kelantan telah membawa nilai-nilai agama dalam dunia sukan.

Justeru, katanya, dunia sukan akan menjadi pelita dakwah yang bersinar suatu hari nanti disebabkan anak-anak muda Kelantan.

“Janganlah bersuka-sukaan dalam bersukan melalaikan kita daripada kewajiban solat lima waktu,” katanya.

- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori