Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Jelebu Dilanda Banjir, 28...

JELEBU - Seramai 28 mangsa daripada tujuh keluarga di Kampung Juntai, Simpang Pertang...

Luahan Trauma Hampir Maut...

DUA wanita dan seorang bayi menempuh pengalaman paling menakutkan apabila lif dinaiki mereka...

PAN Tidak Akan Melutut...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) ditubuhkan kerana tidak mahu melutut pada...

Peragut Bodoh.. Minta Tubuh...

SEHEBAT-HEBAT akal seorang penjenayah licik pun boleh tertangkap, apatah lagi kalau jenis yang pendek...

`Perang’ Kempen Jawatan Ketua Pemuda PAS?

KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kaiat memaklumkan pemuda PAS berjaya mengumpul dana sebanyak RM576,216 melalui Tabung Kemanusian Pemuda bagi membantu mangsa banjir di kawasan pantai timur pada tahun lalu.

Beliau yang berasal dari Johor berkata, dana bagi membina rumah untuk mangsa yang memerlukan di bawah projek Perumahan Rakyat Budiman (PRB) itu dikumpul sejak banjir besar melanda Kelantan pada Disember 2014.

“Setakat akhir April 2015 sumbangan yang diperolehi adalah RM576,216. Perbelanjaan yang ditelah dikeluarkan adalah RM203,715.28.

“Item perbelanjaan terbesar adalah kos pembinaan sebanyak RM190,249 melibatkan pembinaan lapan buah Rumah Budiman. Baki akaun adalah sebanyak RM372,500,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suhaizan berkata, penyata penerimaan dan perbelanjaan PRB telah diaudit oleh Juruaudit Bertauliah, Muzammil Hafiz dan pihaknya membentangkan laporan penerimaan dan perbelanjaan PRB sehingga 30 April itu untuk rujukan semua.


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang cuba mengambil alih jawatan Suhaizan dalam pemilihan PAS pada Jun depan pula mendedahkan kerajaan Kelantan jauh lebih hebat kerana telah membina sebanyak 76 buah rumah untuk mangsa banjir.

Nik Mohamad Abduh yang berasal dari Kelantan berkata, sebanyak 440 buah rumah sedang dibina oleh kerajaan Pas Kelantan dan kerajaan negeri itu mengeluarkan belanja sebanyak RM6,400,000 dari Tabung Bencana Banjir Kelantan untuk membantu mangsa banjir. – mynewshub.cc

https://www.youtube.com/watch?v=25ii3cpL_F8

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori