Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jadual Padat Menanti PM...

WASHINGTON DC - Selain bertemu Presiden Donald Trump dalam lawatan kerja ke Amerika Syarikat...

DPPM: AMGGRC Ada Unsur...

MELAKA - Penganjuran All Malaysia-Golden Gate Revival Convocation (AMGGRC) di sini disifatkan sebagai...

2017 Jadi Tahun Lebih...

PETALING JAYA - Perdagangan dunia diunjurkan lebih rancak pada 2017 dan akan membantu...

La Liga: Messi Ledak...

MADRID - Bintang Argentina, Lionel Messi meledak gol ke-400 sepanjang kariernya dengan Neymar...

Perhimpunan Bantah GST: 30 Individu, Ambiga Ditahan

KUALA LUMPUR – Seramai 30 individu termasuk bekas pengerusi bersama Bersih, Datuk S. Ambiga ditahan bagi membantu siasatan susulan penglibatan mereka dalam Perhimpunan Bantah GST di ibu kota petang tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa berkata mereka yang ditahan berusia antara 17 hingga 60 tahun disiasat di bawah Seksyen 143, Seksyen 448 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1985.

“Ambiga ditahan pada pukul 10 malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan permohonan reman terhadap kesemua suspek akan dibuat esok,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu polis memaklumkan akan mengambil tindakan terhadap peserta perhimpunan berkenaan yang antaranya dipercayai melakukan vandalisme terhadap harta awam serta menggunakan bom asap dan membawa kanak-kanak ketika perhimpunan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori