Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Dikecuali Duti Setem Saham...

SETAKAT ini, terdapat lebih 350 syarikat permodalan sederhana dan kecil tersenarai di Bursa...

PKNS FC Dapatkan Khidmat...

PETALING JAYA - Kelab Liga Super, PKNS FC hari ini memperkenalkan dua pemain...

2 Rakan Didakwa Rompak...

KUALA LUMPUR - Dua rakan hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini...

Polis Siasat Dakwaan 10...

KUALA LUMPUR - Polis masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan 10 nelayan yang dipercayai...

Perhimpunan Bantah GST Gagal Capai Sasaran

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Bantah GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) di ibu negara hari ini gagal mencapai sasaran satu juta peserta sebagaimana disasarkan oleh penganjur setakat pukul 4 petang ini, dengan kira-kira 10,000 orang atau satu peratus dari jumlah disasarkan menyertai perhimpunan itu.

Yang jelas perhimpunan sejak pukul 2.30 petang itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa lokasi penting di sekitar pusat bandar selain mengganggu urusan seharian masyarakat termasuk pelancong.

Peserta mula berkumpul di sekitar pusat membeli-belah Sogo, Masjid Negara, Masjid Jamek, Dataran Maybank, Pasar Seni dan Puduraya sebelum bergerak ke Dataran Merdeka dan KLCC.

Ada juga peserta perhimpunan yang merempuh penghadang yang diletakkan pasukan keselamatan di Dataran Merdeka, selain terdapat peserta yang melemparkan bom asap ke arah pintu kaca sebuah bank di kawasan Masjid Jamek.

Ada juga peserta yang berpakaian hitam mencetuskan kekecohan dengan melempar mercun bola dan kata-kata kesat tetapi pihak polis berjaya mengawal keadaan.


Menurut jurucakap trafik Kuala Lumpur, setakat ini keadaan masih terkawal dengan pemantauan turut dilakukan melalui helikopter Polis Diraja Malaysia. Kebanyakan peserta mengenakan t-shirt merah yang tertera slogan membantah pelaksaanan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April lepas.

Beberapa pemimpin pembangkang dilihat menyampaikan ucapan di beberapa lokasi terlibat. – BERNAMA

https://youtu.be/lWVorOfsfDM

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori