Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Azmin Ali Umum Potong...

Kerajaan negeri Selangor membuat keputusan untuk memotong gaji Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat...

Sheera Sedih Disuruh Buka...

PELAKON Sheera Iskandar yang sudah tiga tahun mengenakan hijab mengakui pernah diminta membuka...

Dulu Tauke Kafe Siber,...

JAKARTA - Tujuh tahun lalu, Muhammad Bahrun Naim Anggit pernah mengendalikan sebuah kafe...

Anwar Ucap Tahniah Kepada...

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah di atas...

Perkembangan Terkini Nahas Helikopter Terhempas

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri ingin mengesahkan bahawa jenazah YBhg. Datin Habibah Mahmud, isteri kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Pakistan telah selamat tiba di Islamabad pada hari Sabtu, 9 Mei 2015, jam 10.15 pagi waktu tempatan.

YBhg. Dato’ Dr. Hasrul Sani Mujtabar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Pakistan yang turut tercedera di dalam kejadian tersebut, telah tiba di Islamabad dan kini sedang menerima rawatan susulan di Hospital Tentera Rawalpindi.

Kementerian ini sedang bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri Pakistan untuk membawa pulang jenazah Allahyarhamah. Selain itu, Kementerian ini telah mengarahkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad untuk memberi kerjasama penuh dengan pihak berkuasa Pakistan bagi menyegerakan proses penghantaran pulang jenazah.

Kementerian Luar Negeri ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan akan terus membantu untuk memastikan urusan-urusan penghantaran pulang jenazah berjalan dengan lancar.

SUMBER : KEMENTERIAN LUAR NEGERI


UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Syazwani binti Abd Latif
Jabatan Komunikasi dan Diplomasi Awam
Kementerian Luar Negeri, Malaysia
Tel : 03 – 8887 4188
E-mail : [email protected]

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori