Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ditetak Kerana Didakwa Tanam...

MIRI - Seorang pekebun berumur 69 tahun parah ditetak kerana didakwa menanam pisang...

Artikel 13 Mei Howard...

KUALA LUMPUR – Tindakan Ketua Pemuda DAPSY, Howard Lee yang menulis sebuah artikel...

PRU14: 14,000 APM Bertugas...

KUALA TERENGGANU - Seramai 14,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di seluruh...

Kajian Dilakukan Untuk Bina...

PUTRAJAYA - Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk supaya sebuah kajian kebolehlaksanaan dilaksanakan...

Piala FA Terlepas Ke Tangan Jiran, Lions XII Cipta Rekod

Kredit Foto: Mstar Online
Kredit Foto: Mstar Online

TAK ada rezeki.. Piala FA akhirnya terlepas ke tangan Singapura apabila Lions XII memenangi perlawanan bola sepak menentang pasukan Kelantan atau “The Red Warriors” pada malam Sabtu.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu berakhir dengan keputusan 3-1.

Kredit Foto: NSTP
Kredit Foto: NSTP

Kemenangan ini sekaligus menyaksikan Lions XII mencipta dua sejarah iaitu berjaya membawa pulang Piala FA merentasi Tambak Johor dan kedua, bergelar pasukan kelab pertama memenangi piala ini.

Selain Lions XII, terdapat dua pasukan kelab yang pernah berjaya ke peringkat akhir perlawanan sebelum ini iaitu Felda United dan Sime Darby namun menemui kegagalan.

Pasukan Kelantan pernah dua kali menggenggam Piala FA sebelum ini iaitu pada 2012 dan 2013 sebelum piala berpindah milik ke tangan Pasukan Pahang pada 2014.


Kredit Foto: NSTP
Kredit Foto: NSTP

Penyerang Lions XII Sahil Suhaimi menjadi hero apabila menyumbang dua gol kepada pasukannya pada minit ke-81 dan 90 selepas gol pertama disumbat oleh Muhd Faris Ramli seawal minit ke-7.

Pemain terbaik perlawanan dianugerahkan kepada penjaga gol yang juga ketua pasukan Lions XII, Izwan Mahbud. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori