Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kegiatan ‘Gadis Ting-Ting’Terbongkar

EMPAT gadis termasuk seorang berusia 14 tahun, ditahan kerana dipercayai aktif memerangkap mangsa...

Tunjuk Perasaan Pro Kurdish...

BERLIN - Beberapa orang dilaporkan cedera selepas penunjuk perasaan pro Kurdish bertempur dengan...

Gesaan Ikuti Latihan Kampus...

KUANTAN - Anggota koperasi digesa mengikuti latihan secara sukarela di enam kampus Maktab...

“Rindu Nak Sarung Semula...

DUNGUN - "Saya rindu sangat nak kembali menyarung uniform, rindu nak bekerja berkhidmat...

Piala Sudirman: Skuad Badminton M’sia Benam Korea Selatan 3-2

PERLAWANAN pembukaan kumpulan 1D Kejohanan Piala Sudirman 2015 di Dongguan China yang berlangsung malam tadi menyaksikan skuad Malaysia berjaya menjinakkan pasukan dari Korea Selatan dengan kemenangan 3-2.

Mata pertama diraih dalam pertembungan beregu lelaki Goh V Shem dan Tan Wee Kiong dengan beregu nombor satu dunia, Lee Yong Dae dan Yoo Yeon Seong.

[Chong Wei Tuntut Pasukan Negara Tebus Kegagalan Piala Sudirman]

Walaupun tewas pada set pertama dengan 20-22, namun beregu negara berjaya bangkit di dua set seterusnya dengan kemenangan 21-14 dan 27-25.

Pada perlawanan perseorangan wanita pula, wakil negara gagal mendominasi perlawanan dan terpaksa akur pada saingannya.

Lim Yin Fun terpaksa menerima kekalahan besarnya kepada Sung Ji Hyun dengan pungutan mata 9-21 dan 7-21.

Penampilan sulung bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei usai tamat tempoh penggantungannya selama lapan bulan nyata berbaloi apabila beliau berjaya memberi kemenangan kedua kepada negara.

Malaysia's Lee hits a return to China's Du during their men's singles semi-final match at the 2013 Badminton World Championships in Guangzhou

Chong Wei yang kini berada di tangga ke-46 pemain terbaik dunia, berjaya membenam lawannya, Lee Dong Keun dengan 21-12 dan 21-10.


Bagi perlawanan beregu wanita negara pula, skuad negara sekali lagi tewas kepada pasangan dari Korea Selatan.

Vivian Hoo Wong Khe Wei terpaksa akur dengan kehebatan saingan mereka Chang Yee Naa dan Jung Kyung Eun dengan 20-22 dan 9-21.

Walau bagaimanapun, beregu campuran negara, Chang Peng Soon dan Goh Liu Ying akhirnya berjaya meraih mata penentu apabila menewaskan Kim Ha Na dan Kong Sung Hyun dengan 23-21 dan 21-13.

Esok, dalam pusingan kelayakan ke peringkat suku akhir, skuad Malaysia akan berhadapan dengan pasukan India.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Piala Sudirman 2015 – Malaysia Dalam Kumpulan Maut

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori