Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Gambar Viral Diraba, Tak...

GAMBAR seorang wanita selamba menayang dadanya sedang diraba lelaki dalam kereta yang dikongsikan di...

AirAsia Buat Tawaran Diskaun...

KUALA LUMPUR - AirAsia menawarkan diskaun sehingga 50 peratus bagi destinasi penerbangan jarak...

Sri Lanka Kini ‘Negara...

COLOMBO: Krisis ekonomi terburuk di Sri Lanka sehingga menjadi muflis dijangka berlarutan sekurang-kurangnya...

Malaysia Cadang Kawal Selia...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan bercadang...

Pinjaman MARA Nur Fitri Tetap Ditarik, Perlu Dibayar Balik

KOMEN daripada Ahli Majlis Amanah Rakyat (MARA), Nazir Hussin Aktar Hussin memaklumkan bahawa badan tersebut berkemungkinan memberi peluang kedua kepada penuntut Kolej Imperial London, Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, untuk meneruskan pengajiannya di sana semalam, telah mencetus kontroversi.

Ianya menimbulkan reaksi kurang senang masyarakat Malaysia yang menggesa supaya tiada keistimewaan diberikan kepada pelajar itu kerana tindakannya yang memalukan negara.

[BACA INI: Pelajar Pedofil Malaysia: Wajar Ke MARA Beri Peluang Kedua?]

nordin-4

Hari ini, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat MARA Rohayah Mohd Zain mengesahkan bahawa tindakan menamatkan pinjaman pelajaran Nur Fitri berkuatkuasa serta-merta adalah muktamad.

Nur Fitri turut dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman yang telah disalurkan kepadanya sebelum ini.

Ujarnya dalam satu kenyataan akhbar, “Selepas dia didapati bersalah dan dijatuhi hukuman, pinjaman itu ditamatkan serta-merta dan dia dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman yang sudah disalurkan.”

Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi menerangkan kedudukan sebenar setelah isu tersebut mendapat liputan meluas pengguna laman sosial.


Nur Fitri kini menjalani hukuman penjara di London sejak November tahun lalu setelah didapati bersalah atas tuduhan memiliki 30,000 bahan porno dalam bentuk gambar dan lebih 1,000 rakaman video aksi seks kanak-kanak.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Reaksi Micheal Jackson Ketika Disoal Tentang Kelakuan Pedofilia

https://www.youtube.com/watch?v=CIBPhZKvJa0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori