Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sokong ADUN Yang Sentiasa...

SRI AMAN - Rakyat Sarawak diminta menyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang...

Kehadiran Najib Di Putatan...

PUTATAN - Lebih 100 peniaga di Putatan teruja dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk...

Puisi Pyan Habib: Apa...

KUALA LUMPUR -  Pemuisi, Pian Habib hari ini secara spontan membacakan sebuah puisi...

Zairil Khir Johari Gesa...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bukit Bendera daripada DAP, Zairil Khir Johari menyeru...

PKNS Sasar Bina 5,883 Rumah Mampu Milik Tahun Ini

SHAH ALAM – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarkan untuk melancarkan sebanyak 5,883 lagi unit rumah mampu milik di seluruh Selangor sepanjang tahun ini di bawah program Rumah Selangorku.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata, beberapa kawasan di sekitar Selangor telah di kenal pasti untuk pembinaan unit Rumah Selangorku iaitu di Kampung Seri Temenggung di Gombak, Antara Gapi, Kota Puteri, Taman Sains Selangor 2 (SSP2) dan Rasa di Hulu Selangor.

“Sebelum ini PKNS melancarkan sebanyak 1,977 unit rumah mampu milik di lima kawasan termasuk di Bukit Botak, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Antara Gapi, Seksyen U12 di Shah Alam serta Seksyen 5, Kota Puteri.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 1,546 unit telah siap diduduki, manakala 431 unit lagi masih dalam proses pembinaan. Pembinaan lebih banyak rumah mampu milik selaras dengan hasrat kerajaan untuk membina 20,000 unit Rumah Selangorku dalam tempoh tiga tahun,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ishak berkata, tawaran bagi unit kediaman itu dibahagikan kepada empat jenis iaitu jenis A berharga RM42,000, berkeluasan 700 kaki persegi (kps), jenis B berharga RM100,000 berkeluasan 750 kps, jenis C berharga RM 150,000 sehingga RM180,000 berkeluasan 800 kps hingga 900 kps manakala jenis D berharga RM220,000 hingga RM250,000 dengan keluasan 1,000 kps.

Menurutnya, antara syarat permohonan rumah tersebut adalah pendapatan bulanan isi rumah tidak lebih dari RM8,000 sebulan, tidak memiliki sebarang jenis kediaman lain di Selangor dan tujuan pembelian adalah semata-mata untuk mendiami bukan disewakan.


“Orang ramai yang berminat boleh mendaftar dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). PKNS hanya menerima senarai nama pemohon daripada LPHS yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama Pembeli Rumah Mampu Milik,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, secara keseluruhannya, PKNS akan membelanjakan antara RM1 hingga RM3 bilion sebagai subsidi untuk pembinaan rumah-rumah terbabit. – mynewshub.cc

 

https://www.youtube.com/watch?v=jyarF-dtuJ8

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori