Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Angka Kematian Akibat Tanah...

SAO PAULO : Angka kematian akibat tanah runtuh dan banjir di bandar Petropolis,...

2 Beradik Bunuh Diri...

KEMATIAN dua beradik dipercayai akibat terjun dari tingkat 10 bangunan pangsapuri yang mereka...

Pakistan-Israel ‘Perang Tweet’ Akibat...

SEBUAH berita palsu telah mencetuskan pergaduhan di dalam Twitter antara kuasa-kuasa nuklear Pakistan dan Israel.Pergeseran...

Jangan Takut Ambil Vaksin...

PETRA JAYA - "Semua okay, tiada rasa apa-apa. Janganlah takut ambil vaksin," itu...

Polis, JPJ Azam Henti Aktiviti Lumba Haram

KUALA LUMPUR – Polis berazam untuk menghentikan aktiviti lumba haram, manakala Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk meningkatkan penguatkuasaan terhadap pelumba haram.

Langkah tersebut diambil berikutan kejadian beberapa buah kereta Perodua Myvi yang didakwa sedang berlumba di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) merempuh sebuah kenderaan lain jenis Pajero Sport.

Pasangan suami isteri dan bayi berusia tujuh bulan yang berada dalam Pajero tersebut terkorban dalam kemalangan itu yang berlaku pada Sabtu, yang turut menimbulkan kemarahan orang ramai.

“Kita tidak mahu pelumba haram mengorbankan lebih banyak nyawa yang tidak bersalah,” kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi, Isnin.

Katanya, beliau akan memastikan JPJ tegas dalam menguatkuasakan undang-undang lalu lintas dan meningkatkan operasinya terhadap aktiviti lumba haram, terutamanya pada hujung minggu.

“JPJ akan menumpukan usahanya terhadap kawasan yang terkenal dengan lumba haram,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan keluarga tiga mangsa yang terbunuh.

Beliau berkata, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) juga telah diarahkan untuk membantu polis dalam siasatan.

“Apa yang menjadi keutamaan kami adalah untuk mengetahui punca kemalangan kerana tiada siapa yang tampil mengaku bertanggungjawab.

“Kami akan mendakwa mereka yang didapati bersalah melakukan kesalahan itu,” kata Abdul Aziz, sambil menambah mereka juga sedang memasang lebih banyak CCTV di sepanjang lebuh raya.

Menurut saksi, suspek sedang berlumba dengan empat buah kereta Myvi lain sebelum berlakunya kemalangan itu, walaupun beberapa wakil dari kelab kereta yang disertai suspek menafikan dakwaan itu.

Abdul Aziz berkata kewujudan kelab kereta tidak menyalahi undang-undang malah ada yang sebenarnya membantu pihak berkuasa.

“Tetapi banyak mengubah suai kenderaan dan berlumba di jalan raya adalah tidak sah,” katanya, sambil menggesa pengguna jalan raya mematuhi undang-undang lalu lintas.


Beliau berkata Yayasan Pewaris Batu juga telah menyediakan akaun bank untuk menyalurkan dana kepada dua kanak-kanak perempuan yang menjadi yatim piatu akibat kemalangan itu, Nur Amira Firuza dan Nur Firuza Akila.

“Dana akan dimasukkan di dalam akaun ini untuk memastikan dua kanak-kanak perempuan itu mendapatkan bantuan setiap bulan sehingga mereka mencapai usia dewasa,” katanya.

Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff berkata polis semakin hampir untuk menyelesaikan kes itu.

“Kita percaya sudah tahu mendapat tahu punca kemalangan dan kita akan dedahkannya pada masa akan datang.

“Tidak kira siapa yang bersalah, siasatan polis akan mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku,” katanya.

Beliau berkata polis melihat aktivit lumba haram sebagai aktiviti yang serius dan akan berusaha sedaya upaya untuk menghentikannya.

“Kami menyedari bahawa kelab kereta mengadakan perhimpunan dari semasa ke semasa,” kata beliau sambil menambah walaupun pertemuan itu tidak menyalahi undang-undang, mereka sentiasa perlu mematuhi undang-undang lalu lintas.

Beliau berkata tidak ada seorang pun yang akan terlepas daripada undang-undang dan pertemuan sesama ahli kelab kereta perlu sentiasa diakhiri dengan cara teratur untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain di jalan raya.

“Nasihat saya adalah mudah: hanya patuh undang-undang dan menjadi pemandu sopan,” katanya. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=3UGzDpGVHnw

https://www.youtube.com/watch?v=zGt9FHiV6lA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori