Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Buat Peminjam Tegar PTPTN,...

Dalam masa kurang dua minggu dari sekarang, 173,985 peminjam tegar Perbadanan Tabung Pendidikan...

Banjir: Yayasan Milik Siti...

KUALA LUMPUR - Badan kebajikan Yayasan Nurjiwa yang diuruskan oleh penyanyi Datuk Siti...

Usaha Perangi Denggi Di...

SANDAKAN - Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan mempergiatkan usaha memerangi wabak demam denggi di...

Esscom Rampas Lebih 2,000...

LAHAD DATU - Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) merampas 2,195...

Polis Selangor Perkasa JPJKK, Kurangkan Jenayah

SHAH ALAM – Polis Selangor akan terus memantapkan peranan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komunitinya (JPJKK), sebagai usaha menjadikan inisiatif pencegahan jenayah negeri itu lebih berkesan.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata bagi tujuan itu pihaknya akan menggerakkan kerjasama secara kolektif dan berterusan dengan masyarakat, sekali gus memantapkan perkongsian pintar antara kedua belah pihak.

“Kita memfokus kerjasama erat antara polis dengan masyarakat kerana kita mahu mengekang persepsi negatif yang mungkin timbul berkaitan tugas-tugas kepolisan dalam kalangan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan pejabat JPJKK Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam, Jumaat.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar dan Ketua JPJKK, SAC Mohan Singh Tara Singh.

Beliau berkata bagi mempertingkatkan keselamatan komuniti, JPJKK akan menggerakkan anggotanya secara kerap di lokasi-lokasi penting bagi mengurangkan persepsi ‘fear of crime’ dalam kalangan masyarakat sekali gus menghalang penjenayah melakukan jenayah.


Katanya, langkah itu akan membantu mempertingkatkan keselamatan di kawasan kejiranan selain menyokong pengawalan di kawasan jenayah tinggi.

“Sebelum ini, tiada jabatan khusus dalam pencegahan jenayah, tetapi dengan kewujudan JPJKK ini, kita berharap pencegahan jenayah dapat dilakukan secara teratur dan kerap dengan bantuan unit rondaan kereta dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) polis,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori