Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Ramai Pembeli Senjata Tanpa...

LUMUT – Polis daerah Manjung percaya lebih ramai pembeli senjata tanpa lesen akan...

KPKT Tetap Ambil Alih...

PETALING JAYA - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengambil...

Positif Steroid, Sazali Samad...

SEBUAH akhbar tempatan hari ini melaporkan seorang atlet berprofil tinggi negara yang tidak dimaklumkan...

Semak Dan Bayar Saman...

Orang ramai kini dapat menyemak dan membuat pembayaran saman dengan mudah apabila polis...

Polis Terima Lebih 100 Laporan Insiden Keganasan

KUALA LUMPUR – Polis menerima lebih 100 laporan berhubung beberapa insiden keganasan yang berlaku sepanjang proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan tindakan individu tidak bertanggungjawab itu mencerminkan mereka tidak bertamadun.

“Saya rasa masyarakat negara ini sudah matang dan tidak sepatutnya berlaku insiden seumpama itu.

“Mereka melakukan provokasi terhadap pihak penguat kuasa, bergaduh sesama penyokong parti dan khianat harta benda kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Serah dan Terima Tugas Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, di sini, hari ini.


Semalam, PRK itu dicemari dengan beberapa insiden keganasan, antaranya pertelingkaan yang hampir menjurus kepada pergaduhan antara penyokong PKR dan Pas, seorang petugas media dan seorang anggota polis cedera akibat dibaling batu dan botol air, serta seorang petugas wanita ditumbuk semasa proses pengundian. – BERNAMA

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori