KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menerima mengadap wakil pemuda PAS untuk berbincang tentang sukan bola sepak tanah air.
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DMM) dalam satu kenyataan media memberitahu, sekumpulan wakil daripada Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (DACS) DPPM diketui Ketua Pemuda PAS Perak. Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss menyertai perbincangan tersebut.
“Pertemuan yang diadakan di Shahzan House tersebut berjalan mesra hampir sejam bagi membincangkan peranan semua pihak terhadap pembangunan bola sepak di dalam negara.
“Selain itu, DACS turut merakamkan sembah tahniah kepada Tengku Abdullah yang telah dilantik sebagai Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Bolasepak Dunia (FIFA) baru-baru ini,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, DACS DPPM berbesar hati kerana Tengku Abdullah sudi menunjukkan koleksi-koleksi gambar di lokasi pertemuan dan mengadakan sesi bergambar serta bertukar-tukar cenderamata. – Mynewshub.cc