Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kaunter Bayaran DBKL Ditutup...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan penutupan kaunter bayaran...

Harimau Sakit Gigi ‘Minta...

VLADIVOSTOK (Russia) - Seekor harimau belang di Siberia berbaring di luar pintu belakang...

Czech Hampiri Mahkota Piala...

PRAGUE - Pemain beregu nombor satu dunia Katerina Siniakova dan pemain veteran Barbora...

Keropok Udang Di Pasaran...

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak mengesahkan keropok...

PRK Rompin: Calon BN Dan PAS Mengundi Awal Pagi

ROMPIN – Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad antara yang awal keluar mengundi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Rompin di sini hari ini.

Hasan, 62, bersama isteri Datin Rizidah Karim, 57, mengundi di Sekolah Kebangsaan Leban Chondong, tempat kelahiran beliau pada pukul 8.55 pagi.

Sementara Nazri, 40, yang berpakaian sedondon baju berwarna merah hati mengundi di Sekolah Agama Rakyat LKTP Keratong 5, di tanah rancangan Felda tempat beliau dibesarkan, pada pukul 8 pagi.

Sebanyak 38 pusat mengundi dengan 115 saluran dibuka mulai pukul 8 pagi bagi membolehkan 52,744 pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka.

Pada Khamis lepas, seramai 464 orang atau 85.1 peratus daripada 545 pengundi menunaikan tanggungjawab dalam pengundian awal di empat pusat mengundi.

Cuaca pagi ini adalah cerah, bagaimanapun Jabatan Mateorologi Malaysia semalam meramalkan ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang.


Memandangkan hari ini merupakan hari cuti peristiwa buat Pahang, dijangka lebih ramai pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK ini.

PRK Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad bagi mengisi kekosongan kerusi berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

Jamaluddin yang juga Pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) meninggal dunia pada 4 April lalu akibat nahas helikopter di Semenyih, Selangor.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Jamaluddin mengekalkan kerusi yang disandangnya hampir enam penggal dengan mengalahkan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori