ROMPIN – Cuaca pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin esok, diramalkan baik pada sebelah pagi.
Jurucakap Jabatan Mateorologi Malaysia berkata ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang.
“Suhu minimum pada sebelah pagi dijangka sekitar 25 darjah celsius manakala suhu maksimum diramal 33 darjah celsius,” katanya semasa dihubungi Bernama di sini, Isnin.
Ditanya mengenai ketepatan sesuatu ramalan cuaca, jurucakap itu berkata ketepatannya ialah antara 80 hingga 85 peratus.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari pengundian untuk PRK Parlimen Rompin, melibatkan 52,744 pengundi manakala 464 pengundi awal atau 85.1 peratus daripada 545 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka pada Khamis lalu.
PRK Rompin diadakan ekoran kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis akibat nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.
PRK itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad. – BERNAMA
https://www.youtube.com/watch?v=HUkkDwDzFSI