Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Libatkan Orang Asli Pemuliharaan...

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menitahkan penglibatan secara langsung masyarakat Orang...

Kakak Hello Kitty Jual...

JIKA dulu pernah tular kerana baju raya Hello Kittynya, sekarang kakak Hello Kitty...

Masa Depan Pembelian Rumah...

PERINTAH kawalan pergerakan (PKP) adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku di dalam negara...

Jangan Bangkit Soal Perkauman,...

IPOH - "Jangan diperbesarkan hal perkauman ini, dekat sini orang Melayu makan mee...

PRK Rompin: Hishammuddin Puas Hati Gerak Kerja Jentera BN

MUADZAM SHAH – Penyelaras Barisan Nasional (BN) bagipilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berpuas hati dengan gerak kerja jentera BN menjelang hari pengundian esok.

Beliau berkata anggota jentera parti di 38 Pusat Daerah Mengundi (PDM) telah menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan baik dalam berusaha memastikan rakyat keluar mengundi.

“Setelah hampir dua minggu (kempen), hari ini menjelang hari pengundian (esok), saya lega kerana jentera-jentera di PDM tahu tugas masing-masing dan pastikan proses pengundian esok berjalan lancar,” katanya kepada pemberita selepas melawat bilik gerakan PDM Felda Selancar 1 dekat sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan mahu gerak kerja BN diteruskan pada hari pengundian esok, khususnya dari segi pengangkutan untuk membawa pengundi ke pusat mengundi.


Dalam pada itu, beliau juga menggesa pengundi untuk keluar awal bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing esok.

“Jentera pilihan raya parti bertanding akan kembali ke kawasan masing-masing selepas PRK, Rompin ini perlu dipimpin oleh wakil rakyat yang senang didekati dan boleh menjalankan tugas dengan baik,” kata Hishammuddin yang mahu pengundi membuat pilihan dengan bijak.

Seramai 52,744 pemilih berdaftar layak mengundi esok, sementara 464 daripada 545 pengundi awal telah mengundi pada Khamis lepas.

PRK Parlimen Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad. Ia diadakan susulan penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori