Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pangkalan Data Bersepadu Tangani...

CYBERJAYA - Pembangunan perumahan mampan pada masa depan penting bagi memastikan setiap rakyat...

Polis Lupus Mesin Judi...

PORT DICKSON - Sebanyak 248 mesin simulator dan 645 komputer yang digunakan untuk...

Mustapa Akan Jumpa Pengedar,...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bimbang terhadap pelbagai cabaran yang dihadapi pengedar dan vendor...

Kelab Tersohor Dunia Dijangka...

KUALA LUMPUR - Peminat sukan tanah air berpeluang menyaksikan gelagat serta aksi hebat...

Pulau Pinang Keluarkan 659 Sijil Halal Jan-April Tahun Ini

BUTTERWORTH – Sejumlah 659 sijil halal dikeluarkan di seluruh Pulau Pinang dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, kata Pengerusi Halal Penang Datuk Abdul Malik Abul Kassim.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Pengguna negeri itu berkata jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan ketara berbanding 55 pengiktirafan halal dikeluarkan sejak 2008.

Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak 487 pengiktirafan dikeluarkan kepada produk makanan, bahan gunaan (53), premis makanan (59), hotel (27), farmaseutikal (15) dan selebihnya melibatkan produk kosmetik serta rumah sembelihan.

“Statistik juga menunjukkan outlet premis makanan berdaftar halal seperti Old Town White Coffee dan Subway merekodkan pertambahan dari enam outlet kepada 61 outlet atau pertumbuhan sebanyak 967 peratus,” katanya berucap pada Seminar Pematuhan Halal di sini hari ini.

Seminar sehari itu bertujuan memberi pendedahan kepada pengusaha makanan dan perhotelan di Pulau Pinang untuk meningkatkan kefahaman mereka mengenai potensi dan manfaat industri halal dalam pasaran domestik dan luar negara.


Pada majlis itu, Abdul Malik turut menyerahkan pengesahan sijil halal kepada The Light Hotel yang diwakili Pengurus Besar Azhar Mohammad. – BERNAMA

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori