Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Polis Nafi Gambar Tular...

PORT DICKSON - Polis menafikan kesahihan gambar tular yang memaparkan aktiviti dan kelakuan...

KL2017: 16 Anggota STAFOC...

KUALA LUMPUR - Di sebalik kemeriahan aksi di gelanggang temasya Sukan SEA Kuala...

Badminton Piala Sudirman: Malaysia...

Pasukan muda negara terus menceriakan seluruh peminat badminton negara awal pagi ini apabila mereka berjaya menundukkan Indonesia, untuk melangkah ke saingan separuh akhir Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland.

Netizen Kagum Kecantikan Isteri...

BERITA gembira yang dikongsikan kepada rakyat jelata mengenai pernikahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin...

Rabapon: Kit Telefon Bebas Tangan Dari Jepun

Di Malaysia melihat makcik pasar malam menyelitkan telefon dicelah-celah tudung ketika bekerja adalah pemandangan biasa.

Kit bebas tangan ‘rekaan’ Malaysia ini berfungsi dengan baik, penunggang motosikal juga ramai yang menyelitkan telefon di antara telinga dan topi keledar.

Majoriti kit bebas tangan yang sedia ada tidak berfungsi dengan baik. Jenis fon telinga tidak kedengaran dengan baik kerana mikrofon pada wayar terjuntai terlalu jauh dari mulut.

Kit Bluetooth pula perlu dicas dengan kerap, jadi tidak mengejutkan teknik selit menyelit seperti makcik pasar dan penunggang motor ini lebih popular dan mudah.

Rabapon ialah kit telefon bebas tangan dengan konsep yang sama seperti dua teknik buatan Malaysia di atas.

Ia merupakan pengepit kepala yang membolehkan kesemua telefon mudah alih dilekapkan kepada telinga.

raba2

Masalah panggilan telefon kurang jelas kerana mikrofon jauh berjaya diselesaikan.


Tiada bateri diperlukan dan ianya tidak perlu dicas. Sebuah lagi rekaan aneh dari Jepun yang mungkin akan menguasai dunia.

Jangan ketawa kerana kayu selfie memulakan hidupnya sebagai “rekaan sampah dari Jepun” tetapi kini sudah popular.

Rabapon dijual pada harga USD37 (RM120) sebuah, jika anda rasakan ianya mahal kami syorkan anda cari fon kepala terpakai di rumah dan kepitkan sahaja peranti pada kepala anda.

Sumber: Rabapon

-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori