KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin melampau.
Selepas menghasut orang ramai supaya mempercayai segala dakyah memburuk-burukkan kerajaan dan mengheret rakyat ke demontrasi jalanan, parti itu cuba pula `mengaut’ wang orang ramai untuk menjayakan misi jahat mereka yang seterusnya.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli melalui Facebook beliau pada 21 Mei lalu meminta orang ramai memberi sumbangan wang kepada pihaknya kononnya bagi menjayakan Kempen Tutup 1MDB.
Kempen yang bermula pada 21 Mei lalu itu meminta setiap orang memberi sumbangan RM10 kepada akaun Maybank Oversight and Whistleblowers Sdn. Bhd..
“Sertai kempen Tutup 1MDB. Kita akan ambil tindakan undang-undang untuk hentikan pelaburan KWSP, KWAP dan Tabung Haji terhadap 1MDB.
“Sumbangan RM10 setiap pencarum ini boleh dibuat terus ke akaun. Sumbangan RM10 setiap pencarum ini juga boleh dibuat melalui internet/kredit kad,” katanya dalam Facebook tersebut baru-baru ini.
Rafizi turut menyeru supaya pendeposit dan pencarum Kumpuan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) menyumbang RM10 bagi mendapatkan sasaran pembiayaan RM20,000.
Dakwa beliau, sumbangan itu kononnya untuk membiayai tindakan undang-undang dan kajiselidik dengan sasaran mengutip RM20,000 (kos memfailkan tindakan undang-undang dan kos kajiselidik).
- MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=iMnVLyV63xM