Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tak Pasti Zulfarhan Muntah...

KUALA LUMPUR - Pegawai perubatan yang merawat Kadet Zulfarhan Osman Zulkarnain yang meninggal...

70 Sembuh, Satu Kematian,...

SATU kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis...

Pemergian Petrovski Kehilangan Amat...

MELAKA - Pemergian mendiang Marco Stefan Petrovski, 18, yang merupakan antara watak penting...

Tekun Nasional Sasar Bantu...

KUALA LUMPUR - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional menyasarkan untuk membantu...

Rahsia Cantik J.Lo: TAK Hisap Rokok, Minum Arak, Kaki Parti

RABAT — Penyanyi dan aktres seksi Amerika Syarikat (AS), Jennifer Lopez atau J.Lo yang mengadakan konsert pertama di Maghribi pada Jumaat, tampil mendedahkan rahsia bagaimana beliau masih lagi kelihatan jelita.

Menerusi sidang akhbar sempena festival muzik tahunan terkenal Mawazine Morocco di ibu kota Rabat semalam, bintang berusia 45 tahun itu mendakwa dia hanya amal petua mudah yang semua orang boleh buat.

“Rahsia kejelitaan sebenarnya adalah cara gaya hidup sihat, syukur kepada tuhan kerana sejak kecil sehingga sekarang, saya masih nampak macam muda kerana tidak merokok dan minum arak,” jelasnya secara jujur.

“Saya belum pernah sentuh dua benda itu, bahkan saya tidak pernah hadiri parti liar. Juga mujur saya bukan jenis suka berparti tetapi lebih suka kerja keras sepanjang hidup,” tambah Jennifer.

Sambil menyifatkan dirinya masih seperti budak perempuan kecil yang berasal dari Bronx, sebuah daerah miskin di New York, beliau teruja dapat menghiburkan peminatnya secara live di Maghribi buat julung kali dalam sejarah.

Festival untuk tahun ke-14 itu yang berlangsung selama 10 hari bermula Jumaat, kali ini turut menampilkan ramai bintang antarabangsa antaranya Pharrell Williams, Sting, Maroon 5, Usher dan Akon.


Acara hiburan tersebut yang bertujuan memerangi fahaman ekstremisme dalam kalangan anak muda dibuka secara percuma kepada awam serta turut disertai ramai penghibur popular dari negara-negara Arab dan Afrika.

“Saya sebenarnya memang menyimpan impian untuk datang ke Rabat dan menunggu agak lama sebelum dijemput rasmi pihak festival bagi melakukan persembahan live di Mawazine Morocco,” ujar Jennifer lagi.

Program berprestij itu sebelum ini pernah disertai antaranya Shakira, Elton John, Sugababes, Mariah Carey, Whitney Houston, Rihanna, Stevie Wonder, Kylie Minogue, Pittbull dan Alicia Keys. — Agensi/H.A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori