Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Fuziah Nafi Guna Kenderaan...

PENGERUSI PKR Pahang, Fuziah Salleh memberi tempoh 24 jam kepada seorang pemilik blog...

Sabitan Kes Bawah Atipsom...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebanyak...

10 Anggota ‘Geng Pecah...

KUALA LUMPUR - Tujuh lelaki warga Columbia dan tiga lelaki warga tempatan didakwa...

“Tak Sangka MB Sendiri...

KUALA BERANG - “Saya tidak sangka Menteri Besar sendiri datang bawa khabar gembira...

Rahsia Gadis Sembunyi Bayi Terbongkar

KUANTAN – Sepasang suami isteri terkejut apabila seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan yang ditemui dibuang di belakang rumah mereka di Taman Datuk Rashid di sini, awal pagi, semalam adalah ‘cucu’ mereka sendiri.

Penemuan bayi yang berada dalam keadaan sihat itu membongkar rahsia anak perempuan mereka apabila gadis berusia 15 tahun itu mengakui dia yang melahirkan bayi tersebut dan membuangnya di belakang rumah.

Gadis itu mengaku melahirkan bayi hasil hubungan terlarang dengan teman lelakinya secara bersendirian di dalam bilik kira-kira jam 11.15 malam sebelum meletakkan bayi tersebut di belakang rumah bagi mengelak rahsianya terbongkar.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, gadis itu berpura-pura memberitahu ibunya bahawa dia terdengar bunyi suara tangisan bayi di belakang rumah.

Menurutnya, curiga dengan tangisan bayi yang diberitahu anaknya itu, wanita terbabit keluar untuk melihat keadaan dan dia ternampak seorang bayi dibuang di belakang rumahnya sebelum memaklumkan penemuan memeranjatkan itu kepada suaminya yang kebetulan tiada di rumah ketika itu.

“Bapa kepada gadis itu mensyaki sesuatu lalu mendesak anaknya menceritakan perkara sebenar namun pada mulanya dia menafikan bahawa bayi tersebut ada kaitan dengannya.

“Bagaimanapun selepas didesak berkali-kali, gadis itu akhirnya mengaku bayi tersebut adalah anak yang dilahirkannya namun disebabkan terlalu panik dia mengambil keputusan meletakkan bayinya di belakang rumah bagi menutup perbuatannya seolah-olah dilakukan individu lain,” katanya.


Abdul Aziz berkata, gadis tersebut turut mendedahkan bahawa bayi itu hasil hubungan tidak sah bersama teman lelakinya.

“Ekoran penemuan bayi itu, bapa kepada gadis itu memaklumkan kejadian kepada polis kira-kira jam 12 tengah malam.

“Gadis tersebut bersama bayinya dibawa ke HTAA untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun bayi itu berada dalam keadaan sihat,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana cuba menyembunyikan kelahiran,” katanya.

Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori