Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

‘Langkah London’ Terlalu Jauh...

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar menyifatkan khabar angin berhubung 'Langkah...

Penyertaan Salleh Dalam PKR...

KOTA KINABALU - Permohonan Datuk Seri Salleh Keruak yang ingin menyertai Parti Keadilan...

Malaysia-Thailand Jalin MoU Kerjasama...

BANGKOK - Kerjasama keselamatan antara Malaysia dan Thailand akan bertambah erat dengan penubuhan...

Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Dan...

BERHUBUNG dengan kejadian bencana gempa bumi sederhana bermagnitud 6.0 skala richter yang menggegarkan...

Raja Perlis Berangkat Saksi Latihan Medan ARF Direx

KANGAR – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putera Jamalullail hari ini berkenan melancarkan latihan medan bersempena Forum Serantau Asean-Eksesais Bantuan Bencana 2015 (ARF Direx 2015) di Empangan Timah Tasoh hari ini.

Keberangkatan baginda disambut Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, Menteri Besar Perlis Datuk Azlan Man dan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Thajuddeen Abdul Wahab.

Turut berangkat, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Raja Perlis melancarkan gimik perasmian dan seterusnya menyaksikan latihan medan usaha menyelamat penduduk daripada bencana banjir yang melanda kawasan perkampungan mereka.

Usaha menyelamat itu melibatkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang tiba dengan dua jet ski dan dua bot ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa banjir.

Latihan turut memaparkan bot penyelamat dengan tujuh penyelam daripada Bomba melakukan pencarian dan penyelamatan bawah air untuk mengenal pasti mangsa yang hilang serta lemas.

Terlibat sama dalam latihan medan itu adalah sebuah helikopter dari Tentera Udara Diraja Malaysia yang melakukan operasi menghantar bantuan dan bekalan makanan.


Raja Perlis juga berkenan melawat lokasi latihan lain di sekitar empangan itu.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan ARF-Direx 2015 semalam yang menyaksikan penyertaan kira-kira 1,700 anggota pasukan mencari dan menyelamat daripada 22 negara.

ARF- Direx 2015 dipengerusikan bersama oleh Malaysia dan China. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori