Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Switzerland Larang Didihkan Udang...

PRIHATIN... Switzerland mengharamkan amalan masakan yang lazimnya meletakkan udang galah segar ke dalam...

Bintang Tenis Andy Murray...

PEMAIN tenis No.1 Britain, Andy Murray menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya pada petang...

IATA Hentikan Pelaksanaan Inisiatif...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menghentikan pelaksanaan inisiatif 'Cabin OK'...

Skandal Banglo Murah: Apakah...

SOALAN cepumas: "Apakah hubungan ‘istimewa’ Lim Guan Eng dengan Miss Phang Li Koon,...

Raja Perlis Minta Pelawat Bawa Pulang Harumanis

ARAU – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah meminta pengunjung yang melawat negeri ini agar membeli buah mempelam harumanis, antara produk ikon Perlis, sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.

“Balik nanti, belilah mempelam harumanis. Banyak dijual di tepi-tepi jalan. Orang kampung yang menjualnya akan merasa sangat dihargai,” titah baginda pada majlis santapan negeri bersempena sambutan Keputeraan baginda ke-72, di Dewan Bankuasi Istana Arau di sini, malam tadi.

Pada majlis berkenaan Tuanku Syed Sirajuddin turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada tetamu baginda yang datang dari jauh termasuk dari luar negara untuk meraikan sambutan keputeraan baginda.

Berangkat sama, Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta kerabat diraja Perlis.


Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan isteri Datin Seri Nor Aswana Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, anggota Exco negeri dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori