Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bot Karam: Nelayan Warga...

KUALA TERENGGANU - "Takut, panik semua ada... alhamdulillah pak cik selamat... tapi pak...

Skuad Hoki Muda Negara...

JOHOR BAHRU - Skuad Projek 2016 negara terus menanggung derita apabila tewas kepada...

Wakil Melaka, Johor Angkat...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Khas kepada Ketua Menteri Melaka, Koh Chin Han dan...

Pelajar IPT Di Johor...

JOHOR BAHRU - Pelajar institut pengajian tinggi (IPT) di negeri ini diminta menguasai...

Raja Permaisuri Agong Lancar Floria Diraja Putrajaya 2015

PUTRAJAYA – Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan melancarkan Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya (Floria Diraja Putrajaya 2015) di Pesisiran Tasik, Presint 4 di sini.

Baginda turut berkenan meluangkan masa kira-kira sejam melawat tapak pameran termasuk Taman Diraja, Taman Kucing, Floral Pavilion serta tarikan terbaharu festival kali ini iaitu simulasi Taman Musim Bunga dan Taman Musim Sejuk di Eropah.

Seekor kucing betina bernama Cocoon jenis ‘Maine Coon’ yang dibawa khas dari Estonia turut dipersembahkan kepada Raja Permaisuri Agong untuk dijadikan pasangan kepada kucing jenis sama bernama ‘Louis Vuitton’ (LV) yang dihadiahkan kepada Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah semasa perasmian Floria tahun lepas.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Aseh Che Mat.

Festival kelapan itu bermula hari ini sehingga 7 Jun bertemakan ‘Alunan Pancarona’ yang menggunakan bunga Lily sebagai bunga tema dengan himpunan 100 jenis bunga Lily serta 400,000 pokok dari pelbagai spesis yang lain.

Tengku Adnan dalam ucapannya berkata festival tahun ini diiktiraf oleh World Flower Council International dengan anugerah ‘Joyce White, World Flower Council International Award of Excellence ‘ yang diiringi hadiah wang tunai US$500 untuk peserta terpilih di Floral Pavilion.


“Festival bunga ini yang ditunggu-tunggu oleh penjual, pembeli dan peminat bunga dan tanaman hiasan tempatan berpotensi untuk dikembangkan lagi dengan penglibatan pengimport dan pengeksport bunga dari dalam dan luar negara,” katanya.

Katanya, festival tahun ini mencatat rekod dengan penglibatan lebih 50 pereka bentuk taman dan penyusun bunga antarabangsa dari 28 negara antaranya Afrika Selatan, Australia, Denmark, Ecuador, Hong Kong, Korea, Belanda, Perancis, Sepanyol, United Kingdom dan Oman.

Menurutnya festival itu juga menyediakan 50 lot komersial berkonsep Garden Bazaar dan ‘hort mart’, lebih 60 gerai jualan makanan dan minuman serta 83 lot hasil kraf dan seni.

Floria Diraja Putrajaya dibuka kepada lawatan umum mulai hari ini hingga 7 Jun dari 9 pagi hingga 10.30 malam pada Isnin hingga Khamis dan dari 9 pagi hingga 12 tengah malam pada Jumaat hingga Ahad. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori