Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Saman Kecuaian Difailkan Ibu...

PUTRAJAYA : Tiga saman kecuaian yang difailkan oleh ibu bapa kepada tiga pesakit...

Proses Pengesahan Visa Pulih,...

BEIJING: Seramai 150 penuntut Malaysia kembali ke China untuk melanjutkan pengajian masing-masing pada...

Mpox Merebak Melalui Kontak...

KOTA BHARU: Kanak-kanak, individu berimuniti rendah, penghidap ekzema dan wanita mengandung mudah mendapat...

JAIJ Tidak Cadang Tambah...

NUSAJAYA - Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) tidak merancang untuk menambah tempoh kursus...

Raja Permaisuri Agong Tetamu Rancangan Masakan

ALOR SETAR – Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat menghadiri rakaman penggambaran dan menjadi tetamu rancangan masakan ‘Taste of Malaysia with Martin Yan, Special Royal Episode’ di sini , Sabtu.

Dalam rakaman itu yang diadakan di Wisma Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah di sini, baginda berkenan menunjukkan bakat dalam menyediakan Mi Bandung dan Pengat Pisang untuk dihidangkan kepada kira-kira 20 anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, sekitar Alor Setar.

Rancangan 26 episod itu memaparkan penyediaan makanan tradisional Malaysia untuk diketengahkan ke seluruh dunia dan bakal disiarkan di saluran Ntv7 pada 8 September dan 8TV pada 6 September.

Selain Alor Setar, penggambaran rancangan itu turut dilakukan di sekitar Kota Kinabalu, Kota Baharu, Kuala Lumpur, dan Pulau Pinang.

Terdahulu, Tuanku Hajah Haminah berkenan menghidang makanan dan beramah mesra dengan anak yatim berkenaan serta menyampaikan sumbangan berupa beg sekolah.


Sementara itu, chef terkemuka Martin Yan yang berpengalaman 35 tahun dalam bidang rancangan masakan, berkata beliau berbesar hati apabila Raja Permaisuri Agong berkenan menjadi tetamu dalam episod kali ini.

Beliau berkata baginda seorang yang sangat penyayang dan amat mengambil berat. – BERNAMA

https://youtu.be/X5HXZRsLVb0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori