Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Donald Trump Arah Kajian...

WASHINGTON - Presiden Donald Trump sebentar tadi menandatangani perintah eksekutif pertamanya, dengan mengarahkan...

Kastam KLIA Tumpaskan Cubaan...

SEPANG - Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) mematahkan cubaan menyeludup satu tan...

FAS Terima Peruntukan RM10...

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor menyediakan peruntukan sejumlah RM10 juta setiap tahun...

Komputer Pertama Apple Yang...

SATU daripada 50 komputer pertama yang dipasang pengasas bersama Apple, Steve Wozniak dan...

Rakyat Malaysia Perlu Amalkan Toleransi Lebih Luas

KUALA LUMPUR – Ketika Malaysia menjadi negara yang semakin matang, rakyatnya perlu mengamalkan toleransi yang luas, dan lebih dari itu, perlu sedia menerima segala perbezaan antara mereka.

Menegaskan demikian, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, “Kenyataan yang negatif dan perbuatan menyebar kebencian nampaknya sering berlaku.

“Ini amat membimbangkan saya secara peribadi, dan saya yakin ramai rakyat Malaysia turut berpendapat bahawa tindakan seumpama itu boleh merosakkan perpaduan masyarakat,” ujar beliau.

Liow menampilkan perkara berkenaan dalam perutusan Hari Wesak yang disambut esok berjudul “Bersatu dalam Harmoni untuk Malaysia yang Mengamalkan Kesederhanaan”.


Menteri itu berharap masyarakat Buddha Malaysia terus mengamalkan ajaran Buddha dan mengikuti jalan yang mendekati cahaya.

Presiden MCA itu berkata ajaran Buddha merupakan rukun bagi pembentukan masyarakat yang kuat, iaitu berusaha mencari keamanan dan melakukan kerja-kerja baik, yang menyerlah dalam masyarakat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori