Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Najib Tak Puas Hati...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Datuk Seri Najib...

VIDEO: Makcik Berjaya Lawan...

SEBUT sahaja jenayah ragut, golongan wanita biasanya merupakan sasaran utama.Ini mungkin kerana kudrat...

Feng Shui LGE Sendiri...

BAGI masyarakat Tionghua, isu feng shui bukan perkara main-main waima belajar tinggi hebat...

Bomba Selamat Wanita Obesiti...

HARLEM - Seorang wanita obes yang memerlukan rawatan diselamatkan dari apartmen dua tingkatnya...

Ramdan Beraksi Wildcard Moto2 Di Catalunya

PELUMBA muda dalam pembikinan, Mohd Ramdan Mohd Rosli bakal membuat penampilan pertama dalam aksi Moto2 Kejuaraan Dunia (MotoGP) apabila pasukan PETRONAS AHM Malaysia mengumumkan pelumba itu akan beraksi atas tiket wildcard di Grand Prix Catalan di Litar Catalunya, Sepanyol pada 12 hingga 14 Jun ini.

Penyertaan ini juga merupakan aksi wildcard kedua pelumba Program Pembangunan Bakat PETRONAS di pentas MotoGP apabila turut tampil atas tiket wildcard kategori Moto3 di Grand Prix Malaysia di Sepang, tahun lepas.

Penampilan ini juga merupakan penampilan kedua Ramdan di dalam kelas Moto2 selepas beraksi dalam saingan pusingan pembukaan Kejuaraan Moto2 Eropah di Portugal, bulan lepas di mana dia menamatkan Perlumbaan 1 di kedudukan ke-16 dan kedudukan ke-22 pada Perlumbaan 2.

Pelumba berusia 20 tahun itu akan menjalani sesi ujian selama dua hari bagi memahami dan membiasakan diri dengan jentera yang akan digunakan untuk aksi wildcard nanti.

Selain Ramdan, pelumba Malaysia lain yang turut beraksi dalam kelas Moto2 termasuklah Hafizh Syahrin Abdullah (PETRONAS Raceline Malaysia) yang juga merupakan pelumba di bawah Program Pembangunan Bakat PETRONAS, Azlan Shah kamaruzaman (Honda Team Asia) dan Zaqhwan Zaidi (JP Moto).

Pengurus pasukan, Kenny Chua merupakan individu yang mula mengesan bakat Ramdan sejak berusia 12 tahun lagi dan sejak itu kerjasama mereka telah berjaya membawa kepada beberapa gelaran di dalam siri kejuaraan yang disokong oleh PETRONAS iaitu Kejuaraan Cub Prix Malaysia.

Pada tahun 2011, pelumba kelahiran Klang itu menyertai Program Pembangunan Bakat PETRONAS, program yang menyediakan peluang dan platform untuk bakat muda sukan permotoran Malaysia untuk mengembangkan karier perlumbaan mereka.


Tidak cukup dengan kejayaan dalam siri tempatan, Ramdan turut beraksi di peringkat benua seperti pentas Kejuaraan Motosikal Asia di mana dia beraksi dalam kelas Underbone 115cc pada tahun 2010 dan 2011 serta kelas lebih kompetitif, SuperSports 600cc pada tahun 2012 dan 2013.

Ramdan turut beraksi dalam beberapa siri perlumbaan kelas 600cc di luar negara seperti di China, Taiwan, Indonesia dan Australia sebelum beralih ke saingan Moto3 Kejuaraan Motosikal Sepanyol (CEV) pada tahun 2014 dan Kejuaraan Moto2 Eropah pada musim 2015.

Rizan Ismail, Pengurus Besar, Bahagian Pengurusan Jenama, Kumpulan Komunikasi Strategik, PETRONAS
Penyertaan wildcard Ramdan ini merupakan satu langkah ke hadapan bagi Program Pembangunan Bakat PETRONAS. Peluang ini merupakan medan pendedahan berguna dan sebagai persediaan untuk perkembangan karier perlumbaannya. Kami yakin dapat melihat lebih banyak kemajuan terhadap Ramdan melalui kerja keras dan ketabahan yang ditunjukkan oleh Ramdan. Kami di PETRONAS gembira kerana dapat memainkan peranan dalam proses perkembangannya elama ini dan kami berharap Ramdan serta pasukan PETRONAS AHM dapat melakukan yang terbaik di Catalunya.

Ramdan Rosli – Pelumba Moto2 Program Pembangunan Bakat PETRONAS
Saya sangat gembira dengan keputusan tentang penyertaan wildcard ini. Saya berterima kasih kepada pasukan kerana membuat perancangan dan permohonan untuk aksi wildcard di Catalunya. Kami ada bercakap tentang peluang ini sebelum Kejuaraan Eropah bermula di Portimao dan semua yakin dan positif dengan permohonan yang dilakukan. Kami mempunyai tempoh ujian selama dua hari di Catalunya awal Jun ini. Pada masa sama berharap dapat mengekalkan momentum beraksi di GP dan Kejuaraan Eropah pada minggu berikutnya. Saya sedar perlumbaan ini agak mencabar tambahan pula ini aksi kedua saya dalam kategori Moto2. Namun saya berharap dapat menimba pengalaman berguna sebanyak mungkin melalui peluang yang diterima. Kedudukan litar hanya 30 minit sahaja dari tempat tinggal kami di Castellbisbal dan boleh dikatakan ia sebagai litar kedua saya selain aksi di halaman sendiri di Litar Sepang.

Kenny Chua – Pengurus Pasukan PETRONAS AHM Malaysia
Bukan mudah untuk membuat keputusan tentang aksi wildcard ini memandangkan ia adalah perlumbaan kedua Ramdan dalam saingan Moto2. Meletakkan Ramdan beraksi bersama pelumba-pelumba handalan sedia ada mungkin satu perkara agak mencabar, namun kami harap dia dapat belajar seberapa banyak perkara dan berharap dia dapat menguruskannya semuanya dengan baik. Seluruh pasukan agak teruja dengan peluang ini; dengan harapan lebih banyak dia beraksi dapat membantu perkembangannya dengan lebih cepat. Kami tidak meletakkan sebarang sasaran pada perlumbaan itu nanti tetapi berharap Ramdan dapat memberikan aksi terbaik dan menamatkan perlumbaan. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori