Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Sekolah Aliran Inggeris ‘Sukar’...

KUALA LUMPUR - Walaupun terdapat permintaan yang semakin meningkat supaya sekolah aliran Inggeris...

Kilang Perabot Guna Perisian...

SUNGAI PETANI - Sebuah kilang perabot di Pengkalan Lebai Man dekat sini yang...

GAMBAR: Ngeri.. Langgar Sampai...

Seorang lelaki yang dipercayai sedang mabuk menerima padah apabila maut sehingga putus kepala...

Peter Bence – Pemain...

KUALA LUMPUR - Beliau pernah dianggap sebagai pemain piano 'setaraf Usain Bolt'.Ini kerana...

Rancangan Tempatan Daerah Langkawi Perlu Diganti – Mukhriz

LANGKAWI – Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) perlu mempercepatkan lagi proses penggantian Rancangan Tempatan Daerah Langkawi agar dapat disiapkan akhir tahun ini.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata kerajaan negeri bersetuju agar Rancangan Tempatan Daerah Langkawi sedia ada dibuat penggantian dengan mengambil kira nilai tanah, membuka koridor pembangunan yang baru dan rancangan pemajuan yang diterima.

“Akhir-akhir ini trend pembangunan di Langkawi semakin pesat, tetapi kekangan yang timbul, berlakunya percanggahan dengan Rancangan Tempatan Daerah Langkawi (yang sedia ada),” katanya semasa berucap merasmikan sambutan ulang tahun ke-15 MPLBP di sini malam tadi.

Menurutnya kerajaan negeri juga sedang mengkaji permohonan MPLBP untuk mengenakan caj perkhidmatan pelancong untuk mendapat manfaat jangka panjang dan menjangkakan dapat diluluskan sedikit masa lagi.

“Kita bukannya yang pertama mengenakan caj seperti ini. Melaka dan Pulau Pinang telahpun berbuat demikian. Saya berpendapat sudah sampai masanya pelancong turut menyumbang kepada kos penjagaan kebersihan dan alam sekitar,” katanya.


Mukhriz berkata kerajaan negeri memahami beban kewangan yang perlu ditanggung MPLBP dalam memenuhi peranannya untuk memastikan kebersihan dan keindahan Langkawi dan beban ini boleh dikurangkan melalui usaha yang konsisten.

“Usaha-usaha menjaga kebersihan, meningkatkan keceriaan bandar, menambah ruang niaga, mempercepatkan poses kelulusan permohonan pembangunan, meningkatkan kutipan hasil hendaklah dijalankan secara konsisten,” katanya.

Katanya kerajaan negeri juga akan terus berusaha untuk menarik lebih banyak lagi pelaburan swasta ke Langkawi khususnya untuk melengkapkan lagi pulau ini dengan kemudahan penginapan, produk pelancongan dan prasarana yang berkualiti. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori