RAYSHA Rizrose, 18, sanggup menangguhkan pelajarannya di peringkat Universiti demi mengejar cita-cita untuk bergelar selebriti.
Merangkul gelaran juara dalam pertandingan Dewi Remaja 2014/2015, sememangnya mudah untuk Raysha jadikan platform baru untuk sama-sama mengikuti jejak langkah kakaknya, Nelydia dan Uqasha Senrose.
Menurutnya, dia bercadang untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang pada Jun ini namun terpaksa menukar perancangan selepas menjuarai pertandingan itu.
“Sebelum masuk Dewi Remaja, saya berhasrat ingin sambung pelajaran pada Jun ini tetapi apabila sudah menang, saya tukar perancang belajar kerana mahu menimba ilmu dan pengalaman dalam lakonan, nyanyian dan pengacaraan.
“Namun saya saya akan pastikan dalam masa lima tahun lagi saya akan dapatkan ijazah dalam jurusan undang-undang di Taylor’s University,” katanya kepada Mstar Online.
Apa-apa pun, semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi Raysha nanti.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=PThocnFay2M