Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Amalkan Air Cukup, Sazzy...

TIADA apa dalam dunia ini yang ada jalan mudah termasuklah untuk dapat tubuh...

Hanya 35% Isi Maklumat...

KUALA LUMPUR - Setakat 21 Februari lalu kira-kira 10.45 juta atau 35 peratus...

Puisi Kemarahan Mutlak Mufti...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin...

Bekas Mudir Tidak Mengaku...

BUTTERWORTH - Bekas mudir sebuah sekolah agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen...

Razer Firefly: Pad Tetikus Dengan Sistem Lampu LED Terbina

BUAT penggemar extreme peminat komputer, pengguna lampu CCFL di dalam setiap kustomasi CPU adalah perkara normal.

Lampu pelbagai warga digunakan bagi menyerlahkan komponen yang digunakan di dalam komputer.

Kemudian muncul pula trend menggunakan papan kekunci mekanikal dan tetikus berlampu untuk memberikan gaya yang agresif.

Bagi pihak Razer, mereka merasakan adalah tidak memadai hanya komponen komputer sahaja yang perlu diberikan sentuhan lampu.

Razer Firefly ialah pad tetikus dengan sistem lampu LED yang memaparkan 16.8 juta warna.

brand-product-page-hero_firefly_04-01

Lampu dapat dinyalakan dalam 5 corak berbeza iaitu Wave, Static, Spectrum Cycling, Breathing dan Reactive.

Wave akan membuatkan lampu Firefly bergerak seperti ombak, Statik pula hanya memaparkan satu warna, Spectrum Cycling akan mengubah warna lampu setiap beberapa saat.


Mod Breathing pula membuatkan lampu berkelip terang dan gelap berulang kali dan akhir sekali di dalam mod Reactive lampu hanya akan menyala setiap kali butang tetikus ditekan.

Pengguna boleh menetapkan corak kelipan lampu yang digemari oleh mereka mengikut mod dan cara peribadi masing-masing.

Pad tetikus penuh warna warni ini dijual pada harga USD60 (RM200) sebuah.

Jika anda mahukan aksesori komputer yang unik dan terkini, inilah aksesori yang anda perlukan.

-MYNEWSHUB.CC

Sumber: razerzone

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori