Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Rampas Dadah Bernilai...

KUCHING - Polis menahan dua warga asing dan merampas 9.63 kg dadah disyaki...

Najib Sekolahkan Wan Saiful

DARI FB NAJIB RAZAKSEBAB Rakyat biasa dibenar buat pengeluaran i-Sinar dari simpanan KWSP...

Silinder LPG Meletup 4...

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya empat terbunuh termasuk wanita dan kanak-kanak manakala 10 lagi cedera...

Hadi Senada Mahathir, Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi reaksi senada...

REC Hasrat Wujud Pengajian Lebih Tinggi

KUANTAN – Pusat Pendidikan Rohingya (REC) berhasrat mewujudkan program pengajian peringkat menengah kepada kanak-kanak Rohingya pada tahun depan selepas lima tahun mengusahakan sekolah rendah untuk kanak-kanak pelarian itu di Malaysia.

Pengarah Projek Pendidikan Jaringan Global Masa Depan (FGN) Nur Azlina Abdul Aziz berkata kanak-kanak Rohingya jika berpeluang mengikuti pengajian sekolah menengah mempunyai pilihan untuk menduduki peperiksaan terbuka di sini seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya, keputusan yang diperoleh dalam peperiksaan itu kelak membolehkan kanak-kanak itu melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi swasta sama ada di Malaysia atau di luar negara.

“Buat masa ini, kita sedang mengusahakan untuk mencari sumber pembiayaan bagi memulakan sekolah menengah pada tahun 2016, melibatkan sekurang-kurangnya 30 hingga 50 pelajar, selain memulakan kerja semakan kokurikulum,” katanya.

Nur Azlina berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian REC Kuantan di Jalan Sultan Abdullah di sini, yang disempurnakan oleh Penasihat Yayasan Albukhary Haridan Ismail hari ini.

Turut hadir Pengerusi FGN Ahmad Azam Ab Rahman dan ketua bagi pendidikan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) Niaz Ahmad dan guru besar REC Kuantan Amran Talib@Talip.

Mengulas mengenai penubuhan REC Kuantan, Azlina berkata ia merupakan pusat pendidikan ketiga seumpamanya di bawah kelolaan FGN, selepas REC Pulau Pinang pada tahun 2010, diikuti REC Selangor pada tahun 2012.

REC Kuantan mendapat pembiayaan daripada Yayasan Albukhary dan mempunyai 130 pelajar pelbagai peringkat umur, merangkumi kanak-kanak daripada empat kampung di sini, iaitu Kampung Seberang Balok, Kampung Selamat, Kampung Permatang Badak dan Kampung Kurnia, katanya.

“Pengkelasan kanak-kanak dibuat mengikut tahap pencapaian menerusi ujian diagnostik. Normal jika berlaku perbezaan umur di sesebuah kelas. Kita menjangkakan berlaku beberapa perubahan pada dua, tiga bulan awal sebelum sesi pembelajaran yang kukuh dijalankan,” katanya.

Nur Azlina berkata berdasarkan pengalaman di REC, hanya segelintir kanak-kanak Rohingya mempunyai asas kemahiran membaca dan mengira yang dipelajari di madrasah, namun kemahiran itu sangat terhad.


“Pengajian di REC menggunakan kokurikulum sekolah kebangsaan dan guru yang mengajar juga adalah rakyat Malaysia. Namun kita sedang berusaha mengambil guru Rohingya untuk mengajar mereka bahasa ibunda,” katanya.

Nur Azlina berkata di REC, semua kanak-kanak diberi kemudahan buku, pakaian dan makanan serta perkhidmatan bas sekolah manakala pusat pendidikan itu dilengkapi perpustakaan, empat bilik darjah dan enam bilik air.

“REC juga mengenakan bayaran pada kadar minimum kepada ibu bapa pelajar kerana kami mahu memastikan mereka mempunyai komitmen dengan pihak sekolah. Ini membolehkan mereka prihatin dengan penglibatan anak mereka di sekolah,” katanya.

Nur Azlina berkata beliau percaya kanak-kanak Rohingya mempunyai masa depan yang cerah, namun mereka memerlukan “peluang” untuk membuktikan kemampuan dan tidak kurang hebat jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain.

“Mengambil contoh pelajar di REC Pulau Pinang, ada yang mendapat tawaran untuk berhijrah bersama-sama keluarga ke Amerika Syarikat dan menunjukkan prestasi cemerlang di sekolah tinggi di sana walaupun permulaan pendidikan mereka tidak begitu kondusif seperti di tempat lain,” katanya.

Ahmad Azam pula berkata setakat ini, lebih 600 kanak-kanak Rohingya mendapat manfaat daripada REC, yang ditubuhkan dengan matlamat supaya mereka mempunyai bekalan ilmu pengetahuan untuk ‘dibawa’ pulang ke negara asal selepas krisis negara mereka selesai.

Sementara itu, Niaz memuji usaha FGN, Yayasan Albukhary dan badan-badan bukan kerajaan dalam memastikan kanak-kanak pelarian Rohingya mendapat peluang pendidikan dan menyatakan UNHCR membuka 126 sekolah komuniti untuk kanak-kanak malang di seluruh Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori