Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Agrofest Perak Pada Hari...

LUMUT - Penganjuran Agrofest Perak buat julung kalinya pada Hari Terbuka Armada di...

JAKIM Tak Dibubar, Dana...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak berhasrat untuk membubarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)...

Kemenangan Pembangkang Pengundi 18...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat...

10 Ditahan, Dadah 156kg...

KUALA LUMPUR - Seorang polis bantuan antara 10 lelaki ditahan di sekitar Ampang...

Rela Sasar Rekrut 50,000 Anggota Tahun Ini

BACHOK – Pengurangan peruntukan sebanyak RM83 juta tidak menghalang Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) untuk merekrut kira-kira 50,000 anggota baharu untuk tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Lukeman Saaid berkata walaupun peruntukan hanya RM117 juta tahun ini berbanding RM200 juta tahun lepas, namun sasaran pengambilan anggota baharu mampu dicapai.

“Kita akan buat penstrukturan serta penjadualan semula bajet yang diterima daripada kementerian pada tahun ini, pengurangan bajet berlaku kerana ia banyak disalurkan bagi program pasca banjir,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama 3,000 anggota Rela Kelantan, di sini, semalam.

Lukeman berkata walaupun pengurangan peruntukan namun elaun yang diberikan kepada sukarelawan masih kekal di antara RM6 hingga RM7.80 sejam bergantung kepada pangkat.

Beliau berkata Rela juga telah memperluaskan program latihan dengan mengadakan kerjasama dengan 25 universiti awam di seluruh negara di bawah Program Briged Rela Sis yang bermula sejak tahun lepas.


“Program berkenaan akan menjadi salah satu program kokurikulum di universiti awam yang terlibat dan ia juga merupakan salah satu strategi ‘meremajakan’ jabatan ini dengan menyasarkan penyertaan golongan dewasa berusia 18 hingga 40 tahun,” katanya.

Pada majlis berkenaan, sebanyak 50 individu yang aktif dengan aktiviti kesukarelaan dilantik sebagai Anggota Bersekutu Rela dengan pangkat kehormat serta 16 anggota keluarga daripada jabatan itu turut menerima insuran berkelompok RM5,000 seorang. – BERNAMA

https://youtu.be/2ZWvKoVm5Bg

  • Lagi berita berkaitan:
  • RELA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori