Rusia – Hari perkahwinan sepatutnya menjadi hari yang paling bahagia dalam hidup seseorang namun dari raut wajah gadis ini, dapat dilihat bahawa dia amat sedih dan tidak gembira dengan perkahwinannya.
Gadis itu, Kheda ‘Luiza’ Goilabiyeva, yang baru berusia 17 tahun, telah dipaksa berkahwin dengan ketua polis Chechen, Nazhud Guchigov yang berusia 30 tahun lebih tua daripadanya.
Nazhud yang sudah beristeri turut mengancam akan menculik Kheda jika perkahwinan itu tidak diteruskan.
Menurut laporan, Kheda ditanya sebanyak tiga kali semasa proses pendaftaran sama ada dia mahu berkahwin dengan Nazhud, yang sebelum ini mendakwa dia tidak pernah memaksa keluarga Kheda menyerahkan anak perempuan mereka untuk perkahwinan berkenaan.
Poligami dibenarkan di bawah undang-undang Rusia namun usia sah untuk perkahwinan adalah 18 tahun. Bagaimanapun ia boleh diketepikan sekiranya pihak berkuasa memutuskan perkahwinan itu boleh dilaksanakan.
Perkahwinan itu didedahkan oleh seorang wartawan penyiasat Rusia, Elena Milashina, yang menulis mengenainya dalam surat khabar Novaya Gazeta, April lalu.
Dalam tulisannya, Elina mendakwa Nazhud memberi kata dua kepada keluarga Kheda sama ada menyerahkan anak mereka atau berdepan dengan sesuatu yang buruk.