Chicago – Seorang pemain bola keranjang yang ditangkap kerana mencuri kini dilaporkan mula `makan’ peralatan di penjara seperti menelan skru, jarum dan kepingan besi.
Lamont Cathey, 17, ditangkap 16 bulan lepas dan memandangkan tiada siapa yang membayar wang ikat jaminnya, dia terpaksa merengkok dalam penjara.
Keadaan ini menyebabkan dia berdepan dengan masalah jiwa.
Perbuatan yang dilakukan itu juga menyebabkan Cathey terpaksa dimasukkan ke hospital berpuluh-puluh kali, menyebabkan penjara terpaksa membelanjakan lebih RM700,000.
Menurut pengarah eksekutif penjara, Cara Smith, keadaan itu menunjukkan bagaimana lemah dan gagalnya sistem keadilan di negara berkenaan.
Jelasnya, dalam kebanyakan kes, pesalah terutama bawah umur akan melakukan perbuatan berkenaan kerana mereka terpaksa merengkok dalam tempoh yang panjang di penjara disebabkan tidak mempunyai wang untuk membayar ikat jamin.
“Mereka juga akan terpengaruh dengan tahanan yang telah lama berada di situ hingga menyebabkan mereka menjadi remaja yang bermasalah,” katanya.
Dalam pada itu, peguam Cathey berkata, anak guamnya itu memerlukan rawatan psikiatrik untuk jangka panjang. – mynewshub.cc
https://www.youtube.com/watch?v=C0sJdRYHwvg