Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MBI Pertingkat Kualiti Padang...

IPOH  Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan mempertingkatkan kualiti padang Stadium Perak di sini...

Ammar Mengaku Lakar Tatu...

TIDAK keterlaluan kami katakan, semenjak dari awal pembabitannya dalam industri seni, pelakon dan model,...

Polis Rampas Ganja RM94,000...

KUALA LUMPUR - Seorang penjual alat ganti kenderaan yang dipercayai mengedar dadah jenis...

Perbicaraan Kes Najib Diadakan...

PUTRAJAYA - Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas...

Remaja Mengaku Tak Bersalah Sebabkan Kematian Junior

KOTA BHARU – Seorang remaja berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang rakannya di sebuah bilik asrama di sebuah kolej vokasional di Bachok pada 12 Mei lepas.

[Suspek Sebabkan Kematian Pelajar Junior Direman 8 Hari]

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat membunuh yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin namun tertuduh yang diwakili peguam Muhammad Hasif Hasan memohon jaminan dikurangkan.


Hakim Mohd Yusuf Yunus membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selepas tertuduh yang merupakan seorang pelajar berjanji akan hadir setiap kali perbicaraan dan ia merupakan kesalahan pertama yang dilakukannya.

Mahkamah menetapkan 30 Jun ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori