China – Seorang usahawan wanita yang mengalami pengalaman menyedihkan apabila anaknya yang mengalami masalah mental meninggal dunia ketika kecil, membuka sebuah restoran pertama yang mengupah pekerja di kalangan mereka yang mengalami masalah membaca.
Restoran dikenali sebagai Forrest Gump sempena nama sebuah filem itu, mengupah 12 pekerja yang tidak boleh membaca selepas mereka lulus latihan yang disediakan oleh pemilik restoran, Hu Yanping, 41.
Bagi memudahkan Hu membezakan antara pekerja yang mengalami masalah membaca dengan pekerja biasa, mereka menggunakan baju-t yang berbeza warna.
Warna hitam untuk pekerja yang mengalami masalah manakala baju-t putih pula untuk pekerja biasa.
“Saya tidak mahu membezakan mereka sebenarnya, namun untuk manfaat bersama saya terpaksa memberikan baju yang berbeza.
“Matlamat saya bukan untuk mencari keuntungan semata-mata sebaliknya menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka di dalam masyarakat agar tidak dipandang rendah,’’ katanya.
Dengan berbuat demikian, Hu berharap agar pekerja terbabit dapat mengecapi kebahagiaan dan dalam masa sama menghargai peluang pekerjaan yang diberikan.
Anak Hu meninggal dunia pada 2001 ketika berusia tujuh bulan disebabkan komplikasi yang timbul selepas disahkan menghidap masalah mental.
Sejak itu dia menghabiskan masa untuk menjaga mereka yang mempunyai penyakit yang sama dengan anaknya itu.
Hu turut membuka sebuah pusat jagaan mental pada 2010 dan setakat ini mempunyai 50 pesakit.
– MYNEWSHUB.CC