Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video Lawak: Bila Si...

SEBAGAI seorang wanita, memiliki bentuk badan ramping dan seksi memang jadi idaman ramai.Hal...

Khabib Kembali Bertarung?

LONDON - Dana White mendedahkan dia akan mengadakan pertemuan dengan Khabib Nurmagomedov dalam...

Berapa Banyak Bisnes Yang...

Tiada sebab mengapa anda tidak boleh hidup senang dan bergelar jutawan suatu hari...

Kesedaran Terhadap Kanser Masih...

PUTRAJAYA - Kesedaran orang ramai terhadap kanser dan kepentingan menjalani ujian saringan dan...

Rindu Bekas Guru Untuk Mendidik Tidak Pernah Pudar

BUKIT MERTAJAM – Biarpun adakala berdepan kesukaran mengingati kembali detik kehidupan lalu, rindu di hati Cikgu Azmi Ahmad tidak pernah padam sekelumit pun untuk kembali berbakti sebagai pendidik kepada anak bangsa.

Azmi, 57, yang mula bergelar guru pada 6 Jan 1980, terpaksa melepaskan curahan baktinya kepada anak-anak murid selepas dilanggar motosikal ketika dalam perjalanan ke Masjid Guar Perahu untuk solat Maghrib pada tanggal 23 Dis 2009.

Mengimbas kembali detik itu, isteri Azmi iaitu Shaleha Mansor, 49, berkata pada masa kemalangan itu suaminya baru sahaja sehari melaporkan diri di Sekolah Kebangsaan Alma Jaya dekat sini.

Akibat kemalangan itu Azmi mengalami kecederaan teruk di kepala menyebabkan tempurung kepalanya kini menggunakan titanium, cedera di bahagian tulang paha dan mengalami cacat kekal di bahagian lutut.

“Akibat daripada kemalangan itu juga dia mengalami masalah kurang ingatan dan lemah di bahagian kaki, adakalanya dia ingat ada kalanya tidak,” kata Shaleha ketika ditemui pemberita di rumahnya di Guar Perahu dekat sini.

Bekas guru itu menerima sumbangan penghargaan daripada Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Ahmad Darus yang mengunjungi rumah keluarga pendidik itu semalam sempena sambutan Hari Guru.

Azmi yang dilahirkan pada hari sama dengan sambutan hari guru iaitu 16 Mei 1958 dilihat sentiasa menganggukkan kepala sebagai tanda mengiyakan apa yang diceritakan isterinya mengenai perihal jiwa beliau sebagai seorang guru ketika ditanya pihak media.

Sesekali bekas guru Matematik itu kelihatan sebak dan mengusap wajahnya setiap kali isterinya menyingkap rahsia cinta beliau terhadap kerjaya sebagai pendidik.

“Pernah selepas koma dua minggu dan sebulan menetap di hospital, pulang dari hospital dia minta saya menyiapkan pakaian dan begnya untuk bertugas ke sekolah.

Dia beritahu dia sudah sihat dan saya terpaksa minta guru besar menjelaskan yang dia masih tidak sihat dan sedang cuti sakit,” katanya.


Shaleha berkata bagi mengubat kerinduan Azmi terhadap anak-anak muridnya, selepas suaminya beransur pulih, beliau membawa suaminya ke sekolah untuk menemui mereka.

“Tidak tergambar keseronokan di hati suami saya bila dapat pergi ke sekolah walau hanya untuk bertemu anak-anak didiknya, tiba di sekolah dia disambut oleh deretan anak-anak murid yang turun bersalaman dengannya,” katanya.

Bukan itu sahaja Shaleha berkata apa yang unik pada suaminya ialah murid-murid mudah faham akan subjek matematik yang diajar suaminya malahan murid dari kelas yang agak lemah pun akan mudah memahami dan menjadikan matematik sebagai subjek kegemaran mereka.

“Sampaikan ada ibu bapa yang meminta untuk cikgu Azmi buat kelas tuisyen dan tidak kisah bayar banyak mana, asalkan anak mereka faham dan suka dengan subjek matematik,” kata ibu kepada dua orang cahaya mata itu.

Dalam pada itu Azmi turut melahirkan rasa syukur dengan penghargaan yang diberikan kepadanya semasa menerima kunjungan para pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) SPT ke kediamannya hari ini.

Sementara itu pegawai PPD SPT turut berkunjung ke rumah seorang lagi bekas guru Normah Ishak yang kini hidup terlantar akibat penyakit Parkinson.

Menurut suami Normah, Muhammad Hashim, 57, isterinya mula menghidap penyakit itu sejak 1999 dan bersara awal dari kerjaya guru pada tahun 2000 atas faktor kesihatan.

Muhammad yang juga seorang guru sains dan sejarah di Sekolah Kebangsaan Seri Impian, Taman Guar Perahu, berkata kali terakhir isterinya berkhidmat ialah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas dan mengajar subjek matematik.

“Dia tidak mampu untuk berkata-kata tetapi setiap apa yang dituturkan terhadapnya dia boleh mendengar dan memahaminya,” kata bapa kepada tiga anak itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Guru

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori