Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ular Hidap Penyakit Jarang...

TASMANIA – Seekor ular terpaksa dijaga oleh manusia untuk seumur hidup selepas disahkan...

Polis Tahan 2 Lelaki...

KUNAK - Polis menahan dua lelaki disyaki membuat dan menjual bom ikan dalam...

Kuota Haji Tambahan: TH...

PUTRAJAYA - Lembaga Tabung Haji (TH) masih menunggu keputusan daripada kerajaan Arab Saudi...

Rayuan Ke IPTA/Politeknik Premier...

PUTRAJAYA - Keputusan rayuan permohonanan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Politeknik Premier...

Rosmah Lancar Web Permata Berwajah Baharu

PUTRAJAYA – Laman web Program Permata kini berwajah baharu dengan dilengkapi ciri-ciri terkini termasuk video, perkongsian fail dan blog untuk capaian khalayak yang lebih ramai.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Penaung Program Permata berkata laman web itu, www.programpermata.my , boleh berfungsi sebagai saluran informasi kepada pengguna dengan lebih efektif.

Pembangunan laman web baharu itu merangkumi kesemua tujuh program Permata iaitu Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan, Permata Kurnia, Perkasa@Remaja dan Hospital Kanak-Kanak Permata itu merupakan kerjasama antara Permata dan pasukan kreatif dari Universiti Limkokwing.

“Adalah diharapkan melalui laman web ini, perhubungan dan komunikasi antara Permata dengan khalayak menjadi lebih cepat dan memberikan kebaikan untuk dimanfaatkan pengguna.

“Laman web juga akan memberikan peluang kepada pelawat mengunjunginya tidak kira masa dan di mana sahaja tanpa sempadan,” katanya semasa merasmikan laman web itu di sini, Isnin.

Rosmah juga berharap laman web itu tidak disalahgunakan sehingga menjadi saluran yang boleh membawa kemudaratan.


“Kebelakangan ini, terdapat segelintir masyarakat yang cenderung menggunakan (web) sebagai medium meluahkan rasa tidak puas hati hingga dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah. Saya percaya ia bukanlah cara terbaik kerana penyalahgunaan laman web secara tidak beretika tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Sebagai pengguna, sama-samalah kita memastikan ianya digunakan bagi membantu kita mendapat maklumat untuk kebaikan bersama,” katanya.

Dalam pada itu, Rosmah berkata Permata sedang membina Pusat Permata Kurnia untuk kanak-kanak autisme yang akan beroperasi pada Oktober tahun ini dan Hospital Pakar Kanak-Kanak yang dijangka siap pada 2017.

Program Permata yang memasuki lapan tahun pelaksanaannya, merupakan cetusan idea Rosmah bagi memastikan setiap anak diberikan peluang pelajaran yang terbaik agar mereka dapat menyumbang sebagai modal insan negara.

Setiap satu program Permata diperincikan dengan teliti pelaksanaannya termasuk mengambil kira pelbagai aspek seperti peringkat umur, kebolehan, keupayaan, kelainan dan bakat semulajadi yang ada pada setiap kanak-kanak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori