Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bekas Sekolah Gandhi Ditutup...

RAJKOT (Gujarat, India) - Sekolah Tinggi Alfred yang berusia 164 tahun, tempat tokoh...

PM Umum Bantuan RM500...

KUALA KANGSAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan...

Ujang Anggap Keajaiban Pawagam...

KUALA LUMPUR - "Keajaiban demi keajaiban berlaku pada JIBAM'" kata legenda dunia kartunis...

Najib Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada...

Rosmah Lihat Lebih Dekat Teknik CPR Di IJN

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (Bakti) Datin Seri Rosmah Mansor hari ini melapangkan masa untuk melihat dengan lebih dekat teknik ‘cardiopulmonary resuscitation’ (CPR) yang mampu menyelamatkan nyawa.

Rosmah, yang juga isteri perdana menteri, mengetuai rombongan 26 anggota Bakti pada program CPR Bakti 2015 yang berlangsung di Institut Jantung Negara di sini.

Mereka berkesempatan mengikuti sesi penerangan mengenai CPR yang dikendalikan Pengarah Fakulti CPR IJN Datuk Seri Dr Azhari Rosman selain melakukan sesi praktikal CPR untuk bayi dan dewasa menggunakan patung.

Ditemui pemberita kemudian, Dr Azhari menyarankan pendidikan berkaitan CPR dimuatkan dalam kokurikulum seawal peringkat sekolah rendah seperti yang dilihat di sebuah negara jiran.


Dr Azhari berkata kesedaran masyarakat di Malaysia untuk mempelajari teknik CPR agak rendah dan menurutnya hanya 10 peratus golongan muda berminat untuk mempelajarinya.

Katanya banyak hospital di negara ini serta Persatuan Bulan Sabit Merah menyediakan kursus CPR, namun masalah yang timbul adalah kesedaran yang rendah termasuk dalam kalangan sektor korporat untuk menghantar kakitangan bagi menyertai program seperti itu.

Beliau menarik perhatian bahawa walaupun CPR boleh membantu pesakit serangan jantung contohnya, namun lebih baik jika ia dicegah lebih awal termasuk dengan pengambilan ubat serta pemeriksaan konsisten.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori