TIDAK keterlaluan kalau kami katakan, isteri Zain Saidin iaitu Rozita Che Wan layak memasuki senarai antara selebriti tercantik di Malaysia.
Memiliki raut wajah yang jelita serta bentuk badan mengancam persis masih gadis membuatkan ramai mengakui tidak menyangka usia Rozita atau mesra dipanggil Che Ta sudah menjangkau 42 tahun.
Layak dijadikan ikon wanita yang kekal cantik membuatkan Che Ta dipilih menjadi duta dan jurucakap kepada enam jenama kecantikan setakat ini.
Dalam pada itu, aktres popular ini menasihati semua wanita khususnya yang sudah  berusia agar sentiasa menjaga penampilan diri untuk kelihatan cantik dan menawan.
“Siapa kata wanita kalau dah masuk 40 tahun, dah tak cantik dan tak perlu jaga kecantikan. Persepsi yang macam itulah menyebabkan ada wanita yang lari menyorok bawah katil sebab rasa dirinya dah tak cantik.
“Janganlah abaikan penjagaan kecantikan sampai ada yang usia 30 tahun tapi gigi pun dah tak ada.
“Janganlah pula, umur masuk 40 saja, terus tak mahu cuci muka. Nanti apabila tak elok, suami jugak yang lari,” kata Che Ta kepada Mangga Online.
Jelas Che Ta, sebenarnya tidak sukar untuk menjaga kecantikan kerana ada banyak produk yang membantu para wanita menjaga kecantikan wajah dan kelangsingan tubuh.
Diharap pesanan Che Ta menjadi pedoman wanita-wanita di luar sana agar pandai menjaga kecantikan diri.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE
https://www.youtube.com/watch?v=3xJBP_MkRu0