Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Budaya Kebersihan Tandas Jadi...

LANGKAWI - Budaya menjaga kebersihan tandas sekolah secara bersama akan cuba diterapkan mulai...

Perkasa Mutu PBT Dengan...

KUALA LUMPUR - Imej dan peranan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) akan diperkasa...

Polis Masih Tunggu Laporan...

KUALA LUMPUR - Polis masih menunggu laporan antaranya daripada Jabatan Kimia dan laporan...

Frust Cinta Ditolak Atuk...

BEBERAPA hari lalu warga kota Xiangyang, China dikejutkan dengan kejadian seorang perempuan muda cuba...

Rundingan Awam KWSP Ditutup, Terima 96,488 Maklum Balas

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menutup rundingan awam bagi inisiatif penambahbaikannya setelah dibuka selama dua minggu bermula 21 April lepas.

Rundingan itu yang juga merupakan rundingan awam terbesar di negara ini, mendapat maklum balas sebanyak 96,448 daripada ahli KWSP.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata hasil keputusan rundingan tersebut akan dianalisa serta dibentangkan kepada Lembaga KWSP untuk penghuraian dan perbincangan mengenai tindakan seterusnya yang akan diambil untuk penambahbaikan.

“Keputusan awal rundingan tersebut menunjukkan sokongan terhadap pilihan untuk mengekalkan pengeluaran penuh pada umur 55 tahun serta terhadap inisiatif-inisiatif yang lain,” katanya.

Di samping itu, Shahril memberi jaminan bahawa hasil keputusan rundingan ini akan diumumkan secepat mungkin setelah dibentangkan kepada Lembaga KWSP.


Beliau menambah pihaknya berbangga dengan rundingan awam tersebut yang telah mendapat maklum balas menggalakkan daripada ahli KWSP.

“Berikutan kejayaan rundingan ini dan penglibatan yang menggalakkan dalam kalangan ahli, KWSP akan menggunakan platform rundingan seperti ini untuk berhubung secara aktif dengan ahli bagi inisiatif lain yang berkaitan dengan persaraan mereka,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KWSP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori