Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Justin Bieber Disaman RM267,400...

New York - Justin Bieber dilapor membayar jirannya AS$80,000 (RM267,400) baru-baru ini kerana...

How to Write a...

You never need to be dwelling in the United Kingdom to order and...

Perhimpunan ‘Jerusalem Jubilee’ Diharamkan

IPOH - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan pihak...

APM Melaka Gerak 190...

MELAKA - Seramai 190 anggota pelbagai agensi di bawah Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri...

Saman United Airlines AS$5 Juta Kerana Gagal Tonton Televisyen

NEW JERSEY, Amerika Syarikat – Seorang wanita bertindak menyaman sebuah syarikat penerbangan di sini sebanyak AS$5 juta (RM17.9 juta) gara-gara tidak dapat menonton televisyen dan menggunakan perkhidmatan internet baru-baru ini.

Cary David memberitahu, dia telah membayar sejumlah AS$7.99 (RM28.60) bagi menggunakan perkhidmatan tersebut ketika menaiki penerbangan United Airlines dari Puerto Rico ke Newark, New Jersey.

Bagaimanapun, dia mendakwa hanya boleh menonton televisyen dalam tempoh kurang daripada 10 minit.

Dalam pada itu, United Airlines menolak tuntutan saman tersebut dengan menyatakan perkhidmatan tersebut tidak boleh digunakan di luar Amerika Syarikat (AS).


“Kami telah memaklumkan kepada semua penumpang secara bertulis di skrin bahawa program Live DirecTV tidak disediakan ketika pesawat berada di luar kawasan AS, manakala servis internet hanya boleh digunakan ketika berada dalam kawasan negara ini,” ujar jurucakap syarikat penerbangan itu.

Sehubungan itu, syarikat penerbangan tersebut meminta saman yang difailkan di mahkamah persekutuan Newark digugurkan serta-merta. – AGENSI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori