Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Rozi Tekad Pastikan UMNO...

KUALA TERENGGANU : Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu yang baharu, Datuk Rozi...

Pengantin Baru Mati 3...

Ohio (Amerika Syarikat) - Seorang pengantin lelaki terbunuh pada hari perkahwinannya selepas lori...

“Poyolah, Pinjam Sikit Pun...

MUNGKIN anda akan bersetuju dengan apa yang ingin kami perkatakan ini.. Tidak kira tua...

NGO Minta Orang Ramai...

Sebuah NGO yang dikenali sebagai Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia meminta orang ramai...

Sami Cedera Dicakar Harimau Belaan Kuil

Kanchanaburi (Thailand) – Seorang sami cedera di muka dan patah tangan selepas diserang harimau seberat 300 kilogram yang dipelihara di sebuah kuil, di sini.

Luang Ta Jan, 64, diserang harimau berkenaan yang dipelihara di kuil Wat Pha Luang Ta Bua, Sabtu lalu.

Kuil Wat Pha Luang Ta Bua dikenali sebagai kuil harimau kerana menempatkan 150 ekor harimau yang dipelihara dan dijinakkan oleh sami sendiri.

Kuil itu juga popular dalam kalangan pelancong kerana mereka berpeluang mengusap dan bergambar dengan haiwan liar itu secara dekat.

Walaupun serangan pada Sabtu lalu itu mengejutkan pelancong, tetapi seorang doktor, Sahathep Sawarngnet memberitahu harimau berkenaan bukannya mahu menyerang mangsa.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika Luang yang berjalan di hadapan harimau berkenaan tergelincir sebelum jatuh terlentang.

“Harimau itu secara tiba-tiba mencakar muka mangsa dan itu tindakan spontan haiwan seperti harimau apabila melihat benda jatuh.


“Sekiranya ia satu serangan sudah pasti kecederaan Luang lebih parah,” katanya yang memberitahu mangsa patah tangan akibat terjatuh.

Menurutnya, mangsa mendapat rawatan di sebuah hospital di sini dan keadaannya dilaporkan stabil.

Agensi/myMetro Online

 

https://www.youtube.com/watch?v=qOGZbVHntp0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori