Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kasut, Beg Tangan Milik...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa, 263 beg...

COVID-19: Vaksin Virus Tak...

KUALA LUMPUR - Penggunaan virus tidak aktif dalam vaksin COVID-19 dilihat lebih meyakinkan...

Makanan Disteril Diperluas Ke...

PUTRAJAYA : Langkah alternatif penyediaan makanan menggunakan teknologi retort (kaedah pensterilan) perlu diperluaskan...

Pasangan Warga Indonesia Ditemui...

SEPASANG suami isteri warga Indonesia ditemui mati dalam sebuah pondok di kebun buah naga...

Sanggup Biar Mayat Isteri Dalam Rumah Sejak 5 Bulan Lalu

CHINA – Dek kerana terlalu sayangkan isteri dan mahu wanita itu sentiasa dekat dengannya, seorang lelaki telah menyimpan mayat isterinya dalam keranda beku selama lima bulan dan turut bercakap dengan mayat itu setiap malam sebelum masuk tidur.

Jiang Maode, 53, juga tidak bercadang untuk mengebumikan mayat Yang Huiqing, meskipun dia kini disiasat oleh polis kerana menyimpan mayat tersebut dalam rumah.

Jiang menegaskan mayat Yang akan disimpan di rumahnya seumur hidup sebagai menunaikan janji kepada isterinya.

Dia turut membina tempat penyembahan dalam rumah berkenaan yang dihiasi dengan bunga serta gambar Yang.

6

Bagaimanapun anak lelakinya berharap agar mayat ibunya itu dapat disemadikan pada hari Krismas nanti.

Menurut Jiang, dia berbuat demikian kerana tidak mampu untuk berpisah dengan wanita tersebut yang meninggal dunia akibat leukimia, malah Jiang turut membenarkan pelawat melawat isterinya di rumah itu.


“Isteri saya tidak sanggup meninggalkan saya dan saya juga tidak sanggup berpisah dengannya. Apabila saya memberitahu bahawa saya akan menyimpan mayatnya di rumah ini apabila dia meninggal kelak, isteri saya sangat gembira,” katanya.

Pasangan itu berkahwin selama 30 tahun dan bertemu ketika masing-masing berusia 19 dan 15 tahun.

“Setiap hari apabila pulang ke rumah, saya akan bercakap dengannya, memberitahu apa yang berlaku sepanjang hari, sebelum saya masuk tidur,” kata Jiang.

Selepas Yang meninggal dunia, Jiang berkata dia menangis setiap hari selama 28 hari dan kehilangan berat badan yang ketara.

– MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • pelik

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori