Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pesawat Tentera Udara Nigeria...

ABUJA - Sebuah pesawat Tentera Udara Nigeria terhempas atas sebuah rumah di bandar...

TKSU KKMM Shakib Ahmad...

PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Shakib Ahmad Shakir...

Video: Mangsa Ditetak Dalam...

VIDEO rakaman CCTV kejadian rompakan melibatkan kedai serbaneka 7-Eleven di Aeon Alma, Bukit...

2 Pusat Tahfiz Di...

LABUAN - Dua pusat tahfiz di pulau bebas cukai di sini tidak mematuhi...

Sarjan Polis Dipenjara 2 Tahun, Denda RM35,000 Kerana Rasuah

IPOH – Seorang sarjan polis dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM35,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana meminta serta menerima rasuah sebagai dorongan untuk menutup siasatan kes cabul.

Hakim Rihaida Rafie membuat keputusan itu selepas mendapati tertuduh Md Hamdari Wakidi, 57, bersalah terhadap tiga pertuduhan rasuah.

Rihaida memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara secara serentak bermula hari ini dan penjara tujuh bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara yang dikemukakan peguam tertuduh, Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan, sehingga rayuan ke Mahkamah Tinggi selesai.

Hamdari dituduh meminta suapan RM3,000 daripada Zulkefli Mohamad sebagai dorongan bagi dirinya untuk menutup kes cabul kehormatan terhadap Zulkefli yang didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Tertuduh melakukan kesalahan itu pada 26 hingga 29 Sept 2011, pada 10.30 pagi di biliknya di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.


Bagi pertuduhan kedua pula, dia memperoleh suapan wang berjumlah RM1,500 daripada Zulkefli pada 18 Nov 2011, jam 6.30 petang di kaki lima Restoran Tasneem Corner, Fair Park di sini, manakala pertuduhan ketiga, tertuduh menerima suapan wang berjumlah RM1,500 pada 18 Mei 2012, jam 6.46 petang di lokasi sama.

Bagi kesalahan meminta suapan, Md Hamdari dihukum penjara dua tahun dan denda RM15,000 serta boleh dipenjara tiga bulan, jika gagal membayar denda itu.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga masing-masing hukuman penjara setahun serta denda RM10,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Amer Abu Bakar Abdullah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori