PENGERUSI Jawatankuasa Pemilihan PAS Asmuni Awi mengumumkan, pemilihan PAS kali ini bakal menyaksikan perlawanan satu lawan satu melibatkan jawatan presiden dan timbalan presiden.
Calon jawatan bagi Presiden PAS adalah penyandang sekarang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas naib presiden, Ahmad Awang.
Manakala calon jawatan bagi Timbalan Presiden PAS melibatkan Mohamad Sabu yang perlu bersaing dengan ulama terkenal parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Selain itu, enam pencalonan diterima untuk bertanding jawatan Naib Presiden PAS iaitu Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub, Ustaz Idris Ahmad, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Pertandingan akan berlangsung pada muktamar tahunan PAS yang ke-61 pada 4 hingga 6 Jun depan,
Pengumuman dibuat sebentar tadi di Pejabat PAS Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Harakah