Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bina Banyak Menara Telekomunikasi...

LUMUT - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengulangi permintaannya...

Padah Tunjuk Kemaluan, Beronani...

TINDAKAN seorang lelaki menunjukkan kemaluan dan melakukan onani di hadapan seorang gadis akhirnya...

Warga Emas 89 Tahun...

MESKIPUN telah mencecah usia emas, seorang pakar bedah dari Rusia yang berusia 89...

Kes Dera Anak Tiri:...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Boy Tiger' ditahan reman tujuh...

“Saya Tidak Berminat Jadi Presiden FAM” – TMJ

KUALA LUMPUR – “Saya tidak berminat menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana bola sepak Malaysia masih belum matang dan belum bersedia menerima perubahan”.

Demikian tegas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai pandangan beberapa pihak termasuk Ultras Malaya baginda paling layak menjadi Presiden FAM yang seterusnya.

Titah baginda, sikap yang ditunjukkan oleh segelintir persatuan bola sepak dalam negara dan penyokong mereka ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) menyebabkan baginda berasa tidak perlu untuknya membuang masa menjadi Presiden FAM.

“JDT adalah ‘blueprint’ serta formula saya demi kejayaan bola sepak Malaysia. Lihat sahajalah dengan pencapaian dalam masa terdekat dalam semua aspek seperti pembangunan akar umbi, pelaburan infrastruktur serta pengurusan kewangan yang diiktiraf oleh kelab-kelab bolasepak antarabangsa seperti, Dortmund, City, Valencia, Tokyo FC dan Riverplate.

“Tetapi cuba lihat disekeliling, berapa ramai pihak yang membenci ideologi serta polisi JDT. Selagi ada manusia mempunyai sikap sebegini, ia bermaksud FAM dan persatuan-persatuan lain serta segelintir penyokong masih tidak menyokong perubahan. Jadi kenapa perlu saya membuang masa untuk menjadi Presiden FAM,” titah baginda dalam satu temuramah yang disiarkan oleh laman Facebook Johor Southern Tigers hari ini.


Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dalam pada itu bertitah kemerosotan bola sepak Malaysia bukan semata-mata salah FAM, tetapi salah persatuan-persatuan bola sepak yang tidak bersatu untuk berubah dan menegakkan hak mereka terhadap FAM.

Titah baginda, bola sepak adalah milik penyokong manakala yang memegang jawatan cuma perantara atau mereka yang menjaga sesebuah permainan bola sepak.

“Anda perlu berkhidmat, bukan sekadar memegang jawatan untuk kepentingan peribadi,” titah baginda. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori