Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Apa Nak Jadi Kelantan!...

KESAL... Barisan Kabinet seperti ditularkan dalam media sosial yang tiada wakil dari Kelantan...

Kuasa Barat Mahu PBB...

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU - Perancis, Britain dan Amerika Syarikat (AS) mahu jawatankuasa Majlis...

Amirudin Nafi Berlaku Rombakan...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Amirudin Shari hari ini menafikan akan berlaku...

5 Ditahan, Ganja Hampir...

KUALA LUMPUR - Polis menahan lima orang termasuk dua wanita dan merampas 206...

Sedar Kemungkinan Schumacher Tak Pulih, Isteri Jual Jet & Rumah

Seluruh dunia tahu, akibat kecelakaan ketika bermain ski pada Disember 2013. pemandu lagenda F1, Micheal Schumacher kini tidak mampu bergerak mahupun bercakap kerana kecederaan prah di bahagian otak.

Sedar kemungkinan bahawa suaminya tidak akan mampu untuk pulih sepenuhnya seperti dahulu, isteri Shumacher, Corrina Betsch mengambil keputusan untuk menjual beberapa aset milik mereka.

Antaranya, dia menjual sebuah jet bernilai 25 juta pound atau anggaran RM139 juta dan sebuah rumah percutian mereka di Norway.

[TERDAHULU: Schumacher Kini Lumpuh, Hilang Ingatan, Tak Mampu Bercakap]

schumacher-chalet-main

Menurut informasi, Corrina bertindak menjual jet itu selepas sedar Shumacher tidak akan boleh menaiki jet tersebut lagi dan menjual rumah percutian kerana mereka tidak akan bercuti ke sana lagi selepas ini.

Wanita itu turut mempertimbangkan untuk menjual chalet mereka di Meribel, Perancis, tempat di mana kemalangan tragis itu berlaku.

Corrina kini dikatakan terpaksa mengambil alih perniagaan Shumacher, 47, yang bernilai lebih separuh billion pound selepas kemalangan tersebut.

Pakar melihat sedikit perubahan positif terhadap keadaan Shumacher ketika ini walaupun dia masih tidak mampu berbuat apa-apa.


Dia kini dirawat di rumahnya di Switzerland dengan satu pasukan doktor, jururawat dan juruteknik.

Sebuah majalah menulis, “Ketika keadaan semakin jelas bahawa Shumacher yang lama tidak mungkin kembali lagi, Corrina telah menerima hakikat tersebut.

“Dia mengambil alih tugasan dan kuasa dari suaminya untuk terus berjaya. Dia telah melalui satu peringkat transformasi, dari seorang isteri kepada penerus legasi.”

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Dokumentari Membabitkan Bintang Pemandu F1, Micheal Schumacher

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori