Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Keputusan Maria Chin Cabar...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 24 November untuk keputusan permohonan...

Pembuli OKU Disahkan Mengambil...

PEPATAH Inggeris ada mengatakan ā€œYou Are What Are You Eatā€. Tidak hairan kalau...

Gambar Mualaf Dibuang Keluarga...

GAMBAR seorang lelaki berkopiah sambil menggalas beg di tangga sebuah masjid menjadi tular...

Usaha Mencari MH370 Masuk...

SYDNEY - Operasi untuk mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 di dasar laut memasuki...

Sedia Bincang Tambah CCTV Di Lebuh Raya

PUTRAJAYA – Kementerian Kerja Raya sedia untuk berbincang dengan konsesi lebuh raya untuk menambah bilangan kamera litar tertutup (CCTV) terutama di kawasan berisiko berlaku kemalangan.

Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata selain sebagai langkah keselamatan agar pengguna jalan raya lebih berhati-hati, rakaman video juga penting sebagai bukti jika berlaku kemalangan.

“Kita akan bincang jika mereka boleh tambah secara sukarela tanpa menambah kos kepada pengguna dengan mengeluarkan sedikit peruntukan daripada keuntungan mereka.

“Bukan semua konsesi lebuh raya untung, ada juga yang rugi, jadi kita akan lihat jika mereka perlukan bantuan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Arkitek ASEAN di sini malam tadi.

Beliau diminta mengulas mengenai gesaan orang ramai agar bilangan CCTV di lebuh raya ditambah berikutan kemalangan yang meragut tiga nyawa sekeluarga di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) pada Sabtu lepas yang didakwa berpunca daripada enam buah perodua Myvi yang berlumba.


Dalam kejadian kira-kira 1.05 pagi itu, sepasang suami isteri Fairuz Nizam Husain, 35, dan Nova Safitri Azhari, 25, serta bayi mereka Nur Firuza Annisa, tujuh bulan maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Km 6.2 Lebuhraya DUKE dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.

Fadillah berkata kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengurangkan kadar kemalangan termasuk pembinaan lebuh raya yang memenuhi standard keselamatan antarabangsa selain meletakkan had laju untuk memberi panduan bagi mengelak risiko kemalangan di sesetengah lokasi.

“Sebab itu ada perbezaan had laju di sesetengah kawasan mengikut bentuk jalan sama ada terdapat selekoh dan sebagainya supaya pemandu mengurangkan kelajuan,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • CCTV

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori